Thursday, May 22, 2014

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Teknikal Malaysia Melaka (PRAKTIS)

Pengenalan:
Persatuan ini dikenali sebagai "PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS Universiti Teknikal Malaysia Melaka" dan nama ringkasnya "PRAKTIS"

Matlamat:
a) Meningkatkan profesionalisme di kalangan Pegawai Tadbir & Ikhtisas
b) Meninggikan martabat profesyen Pegawai Tadbir & Ikhtisas di IPTA
c) Menjadi medium interaksi secara langsung antara Pegawai Tadbir & Ikhtisas
d) Menerapkan dan mengukuhkan kemahiran pengurusan yang cekap dan efisyen
e) Memperkayakasakan bidang pentadbiran, ikhtisas dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej Universiti

Objektif:
a) Menjadi satu badan yang mewakili Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
b) Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti
c) Memacu ke arah mencapai matlamat Universiti
d) Menjadi badan perunding kepada peningkatan kerjaya dan kepentingan ahli
e) Menjadi ahli gabungan dan bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan dalaman Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa yang sesuai dengan dasar persatuan.
f) Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli
g) Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa Universiti, Agensi dan Kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
h) Meningkatkan etika dan integriti di kalangan ahli