Friday, September 18, 2015

Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 4/2015

PRAKTIS telah menghantar seramai 6 orang AJK menghadiri Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 4/2015 yang diadakan di Bilik Dahlia, Pejabat Pendaftar, UTM Skudai pada 18 September 2015.

AJK yang terlibat ialah Puan Sabarina Abdullah (Presiden), Encik Azman Hj. Ayup (Timbalan Presiden), Encik Mohd Shahrul Nizam Shukor (Naib Presiden 1), Encik Muhamad Hazrul Md. Esa (Naib Presiden 2), Encik Mohd Adznan Mohd Nayan (Setiausaha) dan Encik Mohd Razif Dzulkifli (Biro Seranta).

PERTISAS, UTM diwakili oleh Encik Azri Hohad, Encik Mohd Fazilah Abdullah dan Encik Mohd Farid Rahmat. Pengerusi mesyuarat, Encik Norza Iskandar Helmi Abdullah mewakili PENTAS, UTHM. Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 3/2015 sebelum ini diadakan di UTeM pada 7 Ogos 2015.

Mesyuarat bermula pada jam 11.00 pagi. Di antara perkara yang dibincangkan ialah memorandum tindakan iaitu mesyuarat MASTI bersama Pengerusi Majlis Undang-undang IPTA, bengkel MASTI untuk penyediaan kertas kerja untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pendaftar-pendaftar IPTA, maklumbalas status Skim Saraan Universiti, Kaji selidik Pendaftar IPTA bagi Skim Saraan Universiti, dan cadangan mewujudkan bank data dari semua IPTA untuk rujukan pihak MASTI.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni dan berakhir kira-kira jam 12.15 tengah hari.





 








 

 

Friday, September 4, 2015

Rakaman Video Lawatan Ke Vietnam

Video ringkas lawatan ke tempat-tempat menarik di Vietnam seperti Ho Chi Minh City, Pasar Malam Ban Thanh, Delta Mekong dan Cu Chi Tunnel.

Wednesday, September 2, 2015

Lawatan Ke Vietnam: Hari Keempat (30 Ogos 2015)

Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan San Nhat, peserta singgah dan solat di Masjid Ar-Rahim, sebuah masjid yang dibina oleh orang-orang Islam dari Malaysia dan Indonesia pada tahun 1885. Para peserta mengakhiri lawatan ke Vietnam dengan penerbangan Malaysia Airlines MH 767 pada jam 7.35 malam..










Tuesday, September 1, 2015

Lawatan Ke Vietnam: Hari Ketiga (29 Ogos 2015)

Selepas bersarapan pagi, peserta dibawa melawat ke Cu Chi Tunnel. Cu Chi merupakan pangkalan penting semasa Perang Amerika kerana ia merupakan lokasi strategik. Vietcong membina rangkaian terowong sejauh 200 km yang menghubungkan pos kawalan, hospital, tempat perlindungan dan kilang senjata. Menggali terowong batu menggunakan peralatan tangan tanpa menggunakan simen, rangkaian terowong ini tidak pernah diketahui umum. Ia adalah sesuatu yang menarik apabila para peserta berpeluang untuk masuk ke dalam terowong bagi merasai suasana di dalamnya. Selepas makan tengah hari di Restoran Halal Saigon, peserta menunaikan solat di Masjid Muslim India Jamia. Aktiviti sebelah malam ialah membeli-belah di Pasar Malam Ban Thanh.