Saturday, November 29, 2014

Maklumbalas Cadangan Aktiviti Tahun 2015 Daripada Ahli PRAKTIS



PRAKTIS dalam mendapatkan cadangan aktiviti tahun 2015 daripada ahli-ahlinya telah menggunakan kemudahan internet. Borang Maklumbalas Ahli PRAKTIS telah dimajukan kepada semua ahli pada 28 November 2014 dan mendapat cadangan yang menggalakkan daripada ahli-ahlinya.

Berikut adalah cadangan-cadangan tersebut:

Maklumbalas Ahli PRAKTIS  (28/11/2014-2/12/2014)

NOORAZILAH MOHAMED
Pejabat Pendaftar
28/11/2014 7:59:55
JK  Lain-lain
1) Perutusan Pengerusi Praktis Tahun Baru 2015
2) Perbanyakkan aktiviti CSR di Melaka ;sekurang-kurangnya 4 kali setahun
3) Kemudahan Cuti Belajar peringkat Universiti Pegawai Tadbir dan Ikhtisas : perbincangan dengan Bahagian Cuti Belajar , Pejabat Pendaftar
- selaras dengan Pelan Strategik UTeM: Tema 5 (Pengurusan Bakat) 
4) Program Kerjasama dengan Bhg HRD kursus-kursus analisa data seperti SPSS bagi memudahkan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas membuat analisis secara terperinci bagi tujuan pembentangan kertas kerja di peringkat Universiti.
5) Program Hi Tea Praktis
6) Pelancaran Official Laman Web Praktis baru; Interface yang lebih menarik dengan info yang terkini.

SUHAILI SALLEHUDDIN
FKM
28/11/2014 8:00:43
JK Kebajikan
Assalamuallaikum, Saya mencadangkan supaya diadakan aktiviti seperti berikut :
i. dalam menambah pengetahuan pentadbir di UTeM dgn menjemput penceramah dari IPT or organisasi or industri yang dapat sharing kepakaran mentadbir/memimpin yg ada pada mereka.
ii. menambah aktiviti society dgn komuniti luar. Maybe this event boleh join dgn BAKUTEM...
iii. Mengadakan seminar kebangsaan

SAMSUL SAMDIN
Pusat Komputer
28/11/2014 8:15:30
JK Sukan & Rekreasi
Perlukan hari keluarga dikalangan ahli, hampir sepuluh tahun tiada pernah hari keluarga dibuat kecuali yg hari keluarga yg terakhir semasa di kampus industri. Buat kecil-kecilan di Tasik UTeM pun boleh juga. Cum pandangan sahaja.

MOHD HANAPIAH  MD LIP
FKEKK
28/11/2014 8:22:42
JK Lain-lain
Ahli dan jawatankuasa mengadakan kunjung hormat / lawatan ke Seri Negeri Melaka
Boleh mendengar taklimat berkaitan Pembangunan/Perkembangan semasa Negeri Melaka.

ERNAWATIE MD SAH
FKEKK
28/11/2014  8:42:08
JK Kerohanian
Projek Telekong- membasuh telekong yang terdapat di masjid utem. (boleh pada staf prp dan staf lelaki (jika berminat). 
Kuantiti 2-4 helai /seorang
diambil pd hari jumaat (petang) dan dipulangkan pd ari isnin (pagi)
setiap minggu

ZAIDI SAAD
Pejabat Perpustakaan
28/11/2014 9:01:44
JK Kerohanian
Mohon untuk dapat adakan aktiviti kerohanian seperti kem dan bengkel jatidiri yang bercirikan islamik dengan kos yang berpatutan.

WAN NAZRUL SHUKRI
Pejabat Pendaftar
28/11/2014 9:12:31
JK Sukan & Rekreasi
Menganjurkan kejohanan sukan antara Persatuan dan Kesatuan (Piala Pengerusi MBJ UTeM) (contoh: Bola Sepak/ Futsal / Bola Jaring dsb).

NURHAFIDZ ABDUL SAHAK
Penerbit Universiti
28/11/2014  14:36:03
JK Sukan & Rekreasi
white water rafting

NOORNAHAR HJ. AKASHAH
Pejabat Pendaftar
28/11/2014 15:30:00
JK Pendidikan
Mengadakan seminar/kursus untuk meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu dalam pengurusan/pentadbiran di IPT
- perundangan dalam urusan pentadbiran di IPT
- peranan pentadbir dalam menangani isu semasa di IPT
- meneruskan program Executive Talk dari Pengurusan Universiti

RAZIF
Pejabat Perpustakaan
01/12/2014 16:09:34
JK Seranta
Saya nk lawatan ke luar Negara di taja oleh praktis sepenuhnya

AZLINA AMZAH
Pejabat Pendaftar
01/12/2014 16:10:46
JK Pendidikan
Saya cadangkan diadakan satu seminar mengenai tadbir urus universiti dan semua ahli PRAKTIS kena menghadirinya. Pegawai lama dan baharu digabungkan, di 'blend' kan dan hasilnya pasti memberansangkan. Tajuk-tajuk yang dipilih perlu relevan dengan tugasan kita. Jemput speaker yang hebat-hebat.

AZHAR MOHD SALLEH
Pejabat Pendaftar
01/12/2014 16:32:31
JK Pendidikan
cadangan untuk mengadakan ceramah bertajuk 
"applying common sense for phenomenal success"
......penceramah ialah encik wan ezrin sazli wan zahari, 
pengarah pengurusan strategi, bakat dan prestasi, air asia
saya dah pergi ceramah beliau dan banyak input yg kita boleh kongsi utk kita sesuaikan di tempat kerja...memang terbaik

MOHAMAD RASHID JANTAN
Pejabat Perpustakaan
01/12/2014 16:51:38
JK Pendidikan
Mencadangkan agar penambahan slot bagi peruntukan sambung belajar bagi jawatan bukan akademik

AZMIN FADLI BIN MAHYUDDIN
FPTT
12/2/2014 15:12:55
Sukan & Rekreasi

Aktiviti berkaitan memanah secara sunnah samada bengkel mahupun pertandingan


Tuesday, November 25, 2014

Majlis Pelancaran Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM)

MAJLIS PELANCARAN YAYASAN PEKERJA MALAYSIA (YAPEM).
TARIKH: 25 NOVEMBER 2014
MASA: 9.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT:  DEWAN BANQUET, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG
KEHADIRAN: 600 ORANG

WAKIL PRAKTIS:
En. Azman Hj. Ayup, Timbalan Presiden PRAKTIS

TETAMU KEHORMAT:
Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia mewakili Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) mempunyai visi menerajui pemerkasaan sosio ekonomi dan kebajikan untuk kesejahteraan pekerja Malaysia. Misi organisasi ini ialah menyokong dan saling melengkapi Pelan Transformasi Modal Insan Kerajaan yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

YAPEM adalah sebuah organisasi  bukan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2007 dan komited untuk menerajui pembangunan sosio ekonomi dan transformasi  pekerja sama ada sektor awam atau sektor swasta melalui program dan aktiviti kajiselidik, persidangan, penerbitan dan inovasi pekerja untuk manfaat pekerja.

Beberapa biro diwujudkan seperti Biro Kajiselidik/Penyelidikan, Biro Binaupaya, Biro Riadah dan Gaya Hidup, Biro Kebajikan dan Biro  Perumahan. Terdapat juga aktiviti lain yang dirancang seperti persidangan, seminar/bengkel dan perbincangan meja bulat.

Majlis Pelancaran YAPEM terbahagi kepada tiga slot iaitu forum, majlis pelancaran dan juga majlis menandatangani MoU.

Forum Pembentangan Bajet 2015 – Manfaat dan Kesan Kepada  Pekerja merupakan satu forum yang membincangkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan golongan pekerja. Panel terdiri daripada Dr. Noor Zari Hamat dari KPDNKK, Datuk Azih Muda dari CUEPACS, Dato’ Paul Selva Raj dari FOMCA dan En. Faisal Mohd Salleh dari YAPEM. Antara isu yang dibangkitkan ialah isu-isu rakyat seperti kesan GST, bajet dan kenaikan harga barang, isu perumahan dan lain-lain lagi.

Majlis Pelancaran YAPEM disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia menggantikan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Datuk Omar Osman, Presiden merangkap Pengerusi Eksekutif YAPEM. Beliau menyeru 13 juta pekerja  yang  terdiri daripada sektor awam, sektor swasta dan pesara  menyokong YAPEM dan menjadi tulang belakang kepada kerajaan dalam hal-hal kebajikan selain CUEPACS, MTUC dan lain-lain.

Teks  ucapan Ketua Setiausaha Negara dibacakan oleh Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia. Di antara kandungan ucapan ialah menyentuh soal bajet 2015 dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti kajian 250 skim perkhidmatan, bonus setengah bulan gaji, bantuan kepada pesara, kemudahan cuti menjaga anak, had pinjaman perumahan yang dinaikkan kepada RM600,000, tambahan perumahan 1 Malaysia dan peningkatan kadar isi rumah kepada RM10,000.

Beliau juga menyentuh capital economy dan people economy serta menyatakan bahawa jika ada muafakat di antara kerajaan dan wakil pekerja, transformasi kerajaan boleh berjaya.

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara YAPEM yang diwakili oleh Datuk Omar Osman  dan CUEPACS oleh Datuk Azih Muda disaksikan oleh Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia.

Bunting majlis perasmian

Forum sedang berlangsung

Wakil KEKUTeM, Mohamed Rashid Derus dan wakil PRAKTIS, Azman Hj. Ayup

Ramai peserta terdiri daripada sektor awam dan swasta.

Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia membaca teks  ucapan Ketua Setiausaha Negara pada Majlis Pelancaran YAPEM.

Monday, November 24, 2014

Wednesday, November 19, 2014

Program Bual Bicara Dan Dialog Bersama MASTI Dan GAKUM

PROGRAM BUAL BICARA DAN DIALOG BERSAMA MAJLIS PERSATUAN PENTADBIR IPTA MALAYSIA (MASTI) DAN GABUNGAN MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN UNIVERSITI/IPTA MALAYSIA (GAKUM).

TARIKH: 19 NOVEMBER 2014
MASA: 10.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT:  RHR HOTEL, UNITEN
KEHADIRAN: 45 ORANG

WAKIL PRAKTIS:

1.    Puan Sabarina Abdullah, Presiden PRAKTIS
2.    En. Azman Hj. Ayup, Timbalan Presiden PRAKTIS
3.    En. Mohd Adznan Mohd Nayan, Penolong Setiausaha PRAKTIS

TETAMU KEHORMAT:

Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan Ismail, Pengarah Strategik,  Jabatan Perdana Menteri  (JPM)

Memandangkan ini merupakan perjumpaan sulung di antara MASTI dan GAKUM dengan wakil kementerian, agenda perbincangan tidak diatur dengan sempurna. Secara keseluruhan hasil perbincangan tidak menepati apa yang diharapkan kerana jawapan yang diberikan oleh tetamu kehormat hanya bersandarkan analogi sahaja. Di antara perkara yang disentuh ialah:

Perkara  1 : Kerja Secara Berpasukan

Dunia berubah. Kerja secara berpasukan adalah penting dan tidak boleh kerja secara silo. Kerjasama diutamakan. Masalah tidak boleh diselesaikan dalam satu malam. Perlu ada engagement dengan pucuk pimpinan. Banyak masalah berpunca daripada isu komunikasi dan ianya perlu diharmonikan semula. Untuk bertindak, perlu ada maklumat yang lengkap. Gunakan media sosial untuk merapatkan hubungan silaturrahim.

Perkara  2 : Suasana Bekerja Berubah

Dunia berubah. Kehidupan semakin lama semakin sukar. Dalam melaksanakan dasar dan polisi, masa sangat penting. Memahamkan satu hal, nak memberikan penerangan satu hal lain.

Perkara 3 : Gerakan Anti Kerajaan

Terdapat banyak maklumat di internet bagaimana untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang halus. Hari ini jatuhnya kerajaan bukan secara ketenteraan tetapi disebabkan oleh kumpulan ini. Mereka yang anti kerajaan akan disalurkan bantuan kewangan dan baju yang seragam. Perkara ini terjadi di negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah seperti  Libya dan lain-lain di mana berlaku campur tangan Amerika Syarikat secara halus.

Perkara  4 : Kesan Penyatuan Dua Kementerian

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dikatakan hilang arah selepas disatukan dengan Kementerian Pendidikan dan dijadikan sektor pengajian tinggi. Kesukaran timbul disebabkan oleh hilang arah tuju dan kesukaran untuk berjumpa dengan dengan menteri. Menurut Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan, ia berpunca daripada punca kuasa dan menjadikan ianya tidak mantap. Keadaan ini menjadikan sekolah/guru dipandang tinggi berbanding pensyarah/universiti. Di antara perkara yang diutarakan ialah masih ada kerja secara silo di kelompok pentadbir. Pucuk pimpinan perlu dibekalkan dengan maklumat oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan, Pengarah Strategik JPM. Keberkesanan sangat penting dan beliau percaya pada roundtable.

Perkara 5 :  Kesan Pemikiran Strategik

Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan memberikan contoh bagaimana Singapura menguruskan air dengan menyediakan water catchment area. Ia hasil pemikiran strategik pemimpin utama mereka, Lee Kuan Yew untuk menjadi champion dalam sesuatu perkara. Beliau memberi analogi bahawa sesuatu jeritan mesti ada penyebab.

Perkara 6 : Penjanaan Dana Universiti

Perkara yang dibangkitkan berkaitan tentang penjanaan dana universiti. Katanya untuk menjana pendapatan, apabila bercakap perlu dilaksanakan. Kadang-kadang berlaku maklumat dari atas ke bawah tidak sampai. Mencadangkan senator dari kalangan pekerja untuk didengari suara mereka. Perlu ada audit sama ada perkara atau masalah sampai atau tidak dan berapa peratus yang sampai. Perlu ada suruhanjaya bebas yang boleh membuat audit.

Perkara 7 : Penyampaian Maklumat

Isu Biro Tata Negara (BTN). Matlamat diadakan untuk semak diri sendiri. Ego perlu dipecahkan.  Banyak isu komunikasi. Isu projek dan hutang negara. Ramai yang tersalah anggap mengatakan hutang negara dari pinjaman luar sedangkan ianya dari dana dalam negara seperti bank, KWSP, dll.

Perkara 8 : GST

Harga meningkat bukan sahaja satu faktor sebaliknya ada faktor lain seperti demand-supply, cuaca dan orang tengah.  GST adalah untuk memerangi shadow economy activity iaitu orang yang melarikan cukai perniagaan. Jumlah yang sangat besar melibatkan puluhan billion ringgit.

Perkara 9 : Harga Minyak Dan Subsidi

Subsidi menguntungkan rakyat yang kaya. Kini kerajaan menjalankan subsidi bersasar seperti BRIM agar golongan berpendapatan rendah akan terbela.

Perkara 10 : Isu Pelajar Asing
Kini ada 3% dan akan datang mungkin sehingga 5%. Staf perlu multi tasking. Insentif kepada mereka yang terlibat dengan pengajaran. Cabaran dan ancaman semakin besar. Kerajaan mengadakan hub pendidikan yang cemerlang. Perbezaan mata wang menyebbakan kerajaan menghantar pelajar cemerlang di dalam negara sendiri. Menjadikan contoh yang baik kepada dunia.

Perkara 11 : Penjawat Awam Berstatus Kontrak

Mulai Disember 2014, staf kontrak akan ditamatkan dan ke mana arah haluan mereka. Perjawatan dari 10 diminta yang dapat hanya 2 sahaja. Dicadangkan supaya dilihat mengikut kes seperti tanggungan, pemberat masalah dan buat profil agar lebih berkesan. Yang lain mengikut keperluan semasa. Rezeki seseorang tidak sama dan ada di luar pemikiran. Ia perlu ditangani dengan hikmah.

En. Azman Hj. Ayup, Timbalan Presiden PRAKTIS dan Setiausaha PRAKTIS, En. Mohd Adznan Mohd Nayan.

Presiden PRAKTIS, Puan Sabarina Abdullah (bertudung kuning) turut hadir dalam sesi bual bicara ini.

Sebahagian peserta dari pelbagai IPTA hadir menjayakan sesi bual bicara.

Presiden MASTI dan GAKUM bersama tetamu kehormat, Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan Ismail, Pengarah Strategik,  Jabatan Perdana Menteri  (JPM)


Sesi foto beramai di akhir bual bicara bersama  tetamu kehormat, Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan Ismail