Tuesday, November 17, 2015

Kenaikan Pangkat Staf Pengurusan dan Profesional



PRAKTIS mengucapkan tahniah kepada semua yang telah mendapat kenaikan pangkat seperti yang diumumkan pada oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM pada Perhimpunan 1UTeM di Dewan Besar UTeM pada 17 November 2015. Terus menyumbang terus berbakti.

Sunday, November 8, 2015

Takziah PPUiTM


Dukacita dimaklumkan seorang Exco PPUiTM iaitu Puan Zuraiti bt. Abdul Razak telah meninggal dunia di rumahnya di Shah Alam pada malam 7 November 2015. Jenazahnya telah disemadikan di  Tanah Perkuburan Terentang, Jasin, Melaka pada petang 8 November 2015.

Menurut sumber terdekat, Allahyarhamah berusia sekitar 40an, masih bujang dan dikatakan terjatuh di rumahnya pada waktu maghrib. Punca kematian sebenar tidak diketahui. Semasa hayatnya, arwah begitu aktif dalam persatuan dan baik dengan rakan-rakannya.

PRAKTIS mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarhamah Zuraiti juga kepada PPUiTM. Al-Fatihah!