Saturday, April 11, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 PRAKTIS

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UTeM (PRAKTIS) kali ke-8 telah diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Canselori pada 10 April 2015.


Program bermula pada jam 3.15 petang dengan bacaan doa dipimpin oleh Encik Muhamad Hazrul Md. Esa. Seterusnya Puan Sabarina Abdullah, Presiden PRAKTIS meneruskan majlis mengikut agenda yang telah ditetapkan:


Mengesahkan Minit  Mesyuarat Agung PRAKTIS 2014
Minit Mesyuarat Agung PRAKTIS 2014 dicadangkan untuk disahkan oleh En. Mohd Farid Mohd Khalid dan disokong oleh En. Azman Mat Aris.

Membentang Laporan Aktiviti PRAKTIS 2014/2015
Di antara perkara penting yang disampaikan kepada semua ahli ialah kelulusan universiti bagi Skim Cuti Belajar Bukan Akademik (SCuBBA) dipanjangkan kepada staf sokongan. Selain daripada itu, kelulusan juga diberikan kepada Kemudahan Pembayaran Tambahan Penggunaan Pelan Data di mana caj akan dibayar bukan sahaja kepada panggilan yang dibuat sebaliknya diperluaskan kepada penggunaan internet.

Ahli juga dimaklumkan bahawa PRAKTIS juga terlibat dengan projek-projek amal yang melibatkan beberapa keluarga miskin di sekitar Durian Tunggal.

Membentang Penyata Kewangan PRAKTIS 2014/2015
Pembentangan Penyata Kewangan oleh Presiden disambut baik oleh semua ahli. Ahli dimaklumkan bahawa pihak universiti menyuntik RM10,000.00 kepada PRAKTIS  dan lain-lain persatuan di UTeM berdasarkan aktiviti yang dirancangkan. Penyata Kewangan ini dicadang untuk disahkan oleh Puan Noor Izwanni Amil dan disokong oleh Puan Suhaili Sallehuddin.

Pembentangan Usul
Presiden membentangkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan pada tahun 2015 seperti sumbangan hari kelahiran ahli,  perkahwinan dan kelahiran cahaya mata, lawatan ke Media Prima, Bengkel Perancangan Aktiviti PRAKTIS, program kerjasama dengan Kolej Komuniti, sukan bowling, executive talk, projek kemasyarakatan, hari keluarga, jamuan hari raya, lawatan ke sebua universiti awam, lawatan sosial ke Vietnam, car boot sale, program pemantapan ilmu dan seminar pentadbir.



Cadangan juga diterima daripada En. Wahi Nordin, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar agar PRAKTIS dapat membantu menyediakan pelapis pemain-pemain golf dengan mengadakan kerjasama dengan Kelab Golf UTeM. Menurut beliau, UTeM kini ketandusan pemain-pemain golf berbakat yang boleh ditonjolkan dalam mana-mana kejohanan golf tempatan.

Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 PRAKTIS ditangguhkan sekitar jam 5.00 petang. Semua ahli diejmput menikmati jamuan petang di Bilik Jamuan yang terletak bersebelahan Dewan Auditorium, Bangunan Canselori. PRAKTIS telah menjemput ahli-ahlinya untuk bersama-sama memeriahkan program ini dengan membuka gerai jualan masing-masing.


Pengacara majlis bagi Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 PRAKTIS ialah Puan Norhidayah Mohd Zainudin.

Thursday, April 9, 2015

Notis Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas Ke-8


 
YBhg. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PRAKTIS) menjemput
YBhg. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PRAKTIS ke-8 seperti ketetapan berikut:-

Tarikh    :    10 April 2015 (Jumaat)
Masa      :    2.30 petang- 5.00 petang
Tempat  :    Dewan Auditorium, Bangunan Canselori
Tema Pakaian : Merah & Hitam

           
Berikut adalah agenda Mesyuarat Agung Ke-8:


2.30 petang - Kehadiran/Pendaftaran staf
                  - Ketibaan Jemputan
                                               
2.45 petang -  Mesyuarat Agung PRAKTIS Ke-8

1.0   Mengesahkan Minit  Mesyuarat Agung PRAKTIS 2014
2.0   Membentang Laporan Aktiviti PRAKTIS 2014/2015
3.0   Membentang Penyata Kewangan PRAKTIS 2014/2015
4.0   Pembentangan Usul
5.0   Penyampaian cenderahati kelahiran anak, perkahwinan, hari lahir
6.0   Penangguhan Mesyuarat
                                          

3.    Mohon YBhg. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan mengisi Borang  Usul yang dimajukan melalui e-mel  dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat PRAKTIS melalui kepada adznan@utem.edu.my ; atau nursyaqqirin@utem.edu.my pada atau sebelum 3 April 2015.

4.    Minit Mesyuarat Agung 2014 dan Borang Usul untuk rujukan tuan/puan juga telah dimajukan melalui e-mel.

Mata CPD akan diberikan bagi ahli yang hadir. Jamuan turut disediakan.


Untuk makluman surat rasmi kelulusan pelepasan waktu bertugas telah dikeluarkan pada 9 April 2015.

 
Sokongan dan kehadiran
YBhg. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Facebook : https://www.facebook.com/thepraktis

Blog : http://praktisutem.blogspot.com/

Sekian,wasalam.

 b.p.
                                                 
Puan Sabarina bt. Abdullah
Presiden PRAKTIS

Tuesday, April 7, 2015

Program Jom Melancong Ke Vietnam


Lantikan Pemeriksa Kira-kira















Adalah dimaklumkan bahawa Puan Norasiah bt. Mat Said, Juruaudit di Pejabat Juruaudit Dalam, Canselori dan Puan Laila Zahidah bt. A. Rahman, Penolong Pendaftar di Bahagian Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar telah dilantik sebagai Pemeriksa Kira-kira, Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PRAKTIS) bagi tahun 2014/2015. Tahniah!


Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 PRAKTIS


Kursus Jangka Pendek Anjuran PRAKTIS Bersama Kolej Komuniti

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) dengan kerjasama Kolej Komuniti akan menganjurkan kursus jangka pendek seperti berikut:

        Tajuk   : Kursus Solekan Asas ke Pejabat
        Tarikh  : 11  April 2015 (Sabtu)
        Masa    : 10.00 pagi
        Tempat : Kolej Komuniti Kota Melaka.
        Yuran   : RM10

Untuk makluman, kursus ini akan diadakan secara amali dan praktikal oleh pensyarah bertauliah di Kolej Komuniti. Segala peralatan untuk kursus ini juga turut disediakan. Modul pengajaran yang akan dilaksanakan amat sesuai dengan cara kehidupan seharian untuk wanita berkerjaya namun masih ingin bergaya secara ringkas dan sempurna.

Sehubungan dengan itu semua ahli PRAKTIS khususnya wanita adalah dijemput untuk menghadiri kursus tersebut. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 April 2015.

Jika berminat untuk menyertai kursus tersebut, tuan/puan boleh menghantar emel dengan menyertakan Nama, PTj, dan No. Telefon kepada faradila@utem.edu.my atau nursyaqqirin@utem.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Puan Faradila (Penerbit Universiti) di talian 06-283 3305 atau Puan Nur Syaqqirin (Pejabat TNCAA) di talian 06-331 6240.

Kursus Jangka Pendek Anjuran PRAKTIS Bersama Kolej Komuniti

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) dengan kerjasama Kolej Komuniti akan menganjurkan kursus jangka pendek seperti berikut:


















Sehubungan dengan itu semua ahli PRAKTIS adalah dijemput untuk menghadiri kursus tersebut. Untuk makluman, setiap ahli layak untuk menyertai satu kursus sahaja dan berdasarkan kepada pendaftaran yang terawal. Setiap kursus diperuntukkan sebanyak 20 penyertaan sahaja.

Jika berminat untuk menyertai mana-mana kursus tersebut, tuan/puan boleh menghantar emel dengan menyertakan Nama, PTj, dan No. Telefon kepada faradila@utem.edu.my atau nursyaqqirin@utem.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Puan Faradila (Penerbit Universiti) di talian 06-283 3305 atau Puan Nur Syaqqirin (Pejabat TNCAA) di talian 06-331 6240.

Wednesday, April 1, 2015

Sesi Ramah Mesra Sempena Lawatan YB Menteri Pendidikan II

Satu Sesi Ramah Mesra sempena lawatan YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia ke UTeM telah diadakan pada 1 April 2015 di Dewan Besar UTeM.

Majlis yang dijadualkan pada jam 11.00 pagi  telah ditunda pada jam 12.30 tengah hari oleh kerana sebab tertentu. Kehadiran YB Menteri Pendidikan II ini dimulakan dengan lawatan ke Booth TM di Foyer Dewan Besar dan diraikan dengan sorakan dan gendang oleh Ultras UTeM.

Memulakan ucapan aluan ialah Mohd Khairul Nizam Suhaimin, Yang Di-Pertua MPP UTeM. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Zaidee Laidin, Pengerusi LPU, YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM dan pegawai-pegawai kanan universiti. AJK PRAKTIS turut dijemput di dalam sesi ramah mesra ini.

Sesi Ramah Mesra Sempena Lawatan YB Menteri Pendidikan II ke UTeM membuka peluang kepada para hadirin untuk mengutarakan apa sahaja bentuk persoalan kepada YB Menteri Pendidikan II secara terus untuk dijawab. Banyak isu-isu yang dibangkitkan khususnya berkaitan kemudahan pelajar dan peluang-peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Sesi siingkat ini berakhir lebih kurang jam 2.00 petang.