Wednesday, April 1, 2015

Sesi Ramah Mesra Sempena Lawatan YB Menteri Pendidikan II

Satu Sesi Ramah Mesra sempena lawatan YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia ke UTeM telah diadakan pada 1 April 2015 di Dewan Besar UTeM.

Majlis yang dijadualkan pada jam 11.00 pagi  telah ditunda pada jam 12.30 tengah hari oleh kerana sebab tertentu. Kehadiran YB Menteri Pendidikan II ini dimulakan dengan lawatan ke Booth TM di Foyer Dewan Besar dan diraikan dengan sorakan dan gendang oleh Ultras UTeM.

Memulakan ucapan aluan ialah Mohd Khairul Nizam Suhaimin, Yang Di-Pertua MPP UTeM. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Zaidee Laidin, Pengerusi LPU, YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM dan pegawai-pegawai kanan universiti. AJK PRAKTIS turut dijemput di dalam sesi ramah mesra ini.

Sesi Ramah Mesra Sempena Lawatan YB Menteri Pendidikan II ke UTeM membuka peluang kepada para hadirin untuk mengutarakan apa sahaja bentuk persoalan kepada YB Menteri Pendidikan II secara terus untuk dijawab. Banyak isu-isu yang dibangkitkan khususnya berkaitan kemudahan pelajar dan peluang-peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Sesi siingkat ini berakhir lebih kurang jam 2.00 petang.












No comments:

Post a Comment