Persatuan Pegawai Tadbir & lkhtisas (PRAKTIS) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Aktiviti PRAKTIS 2015 pada 27 Februari hingga 28 Februari 2015 di Klana Beach Resort, Port Dickson.
Di antara objektif bengkel ialah untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan tahun 2014. Ia juga bagi merancang hala tuju dan sasaran PRAKTIS berdasarkan kedudukan kewangan pada tahun 2015.
Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh PRAKTIS setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan berfokuskan kepada kebajikan staf, kemasyarakatan, kerohanian, pendidikan, keusahawanan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2015, PRAKTIS merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi pengisian pada tahun ini.
Oleh itu, PRAKTIS telah mengadakan satu bengkel perancangan aktiviti yang melibatkan AJK PRAKTIS untuk membuat perancangan terperinci bagi aktiviti tahun 2015 yang bakal dianjurkan. Bengkel ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti PRAKTIS tahun 2015 yang juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) pada 4 Disember 2014.
Bengkel bermula pada pukul 10.00 pagi, 27 Februari 2015 dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Sabarinah Abdullah, Presiden PRAKTIS dan disusuli dengan taklimat bengkel sepanjang 2 hari.
Pada sebelah petang dan malam diadakan Pembentangan Laporan Aktiviti Tahun dan Pembentangan Laporan Kewangan Tahun 2014 serta Analisis Perbelanjaan dan Kedudukan Kewangan PRAKTIS 2015.
Pada hari kedua, 28 Februari 2015, AJK PRAKTIS diminta berbincang di dalam kumpulan dan menyediakan senarai aktiviti. Daripada senarai aktiiviti semua AJK PRAKTIS perlu menyiapkan kertas kerja aktiviti untuk dibentangkan. Kertas-kertas kerja telah siap telah dimurnikanpada sesi terakhir bengkel.
No comments:
Post a Comment