Friday, January 23, 2015

Majlis Perutusan Naib Canselor UTeM 2015

Majlis Perutusan Naib Canselor UTeM telah diadakan pada 23 Januari 2015 di Dewan Besar UTeM.

Ia merupakan acara tahunan di mana segala pencapaian pada tahun 2014 dan perancangan aktiviti universiti pada 2015 akan dihebahkan untuk dimaklumi oleh staf, pelajar dan lain-lain pihak yang berkaitan.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan universiti, Majlis Perwakilan Pelajar dan pihak media. Jawatankuasa PRAKTIS turut dijemput hadir di dalam majlis perutusan ini.

Di antara yang menarik selain perutusan Naib Canselor ialah tayangan montaj Misi Banjir UTeM di Pantai Timur dan Pelancaran Portal Baru UTeM.

Majlis yang bermula jam 8.30 pagi tamat pada jam 12.00 tengah hari.






Thursday, January 8, 2015

Program 'Back To School' PRAKTIS

Pada 15 Januari 2015, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) UTeM berkesempatan menyempurnakan impian anak-anak Encik Muhammad Khairuddin Abdullah dan Puan Khatijah Syed Mohamed, sebuah keluarga mualaf dan miskin.

Program 'Back To School' anjuran PRAKTIS ini membantu menyediakan kelengkapan persekolahan 3 buah keluarga miskin dan keluarga ini adalah keluarga ke-4 dibantu oleh PRAKTIS.

Anak-anak mereka Sarrah Bannu dan Nurul Hidayah (Tingkatan 5), Susmeeta (Tingkatan 3), Muhammad Razi (Tingkatan 1), Siti Fatimah (Darjah 6), Abdul Razak (Darjah 4) dan Siti Aisyah, 5 tahun telah dibawa oleh sukarelawan ke Pasaraya Mydin MITC, Melaka untuk dibeli kelengkapan persekolahan seperti baju, seluar, kasut, stokin dan sebagainya. Turut sama ialah Encik Yus, Pegawai Pemasaran Mydin. Beg sekolah pula disumbangkan oleh UTeM.

Sedihnya adik Muhammad Muharram (Darjah 2) yang teruja untuk dapat baju baru meninggal dunia bulan Disember 2014 kerana sakit apendiks dan jangkitan kuman. Terima kasih kepada Puan Suriyanty Kasban, Encik Mohammad Hadzri Ahmad dan Encik Mohd Razif Dzulkifli yang turut sama membantu meraikan kanak-kanak ini.