Saturday, April 11, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 PRAKTIS

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UTeM (PRAKTIS) kali ke-8 telah diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Canselori pada 10 April 2015.


Program bermula pada jam 3.15 petang dengan bacaan doa dipimpin oleh Encik Muhamad Hazrul Md. Esa. Seterusnya Puan Sabarina Abdullah, Presiden PRAKTIS meneruskan majlis mengikut agenda yang telah ditetapkan:


Mengesahkan Minit  Mesyuarat Agung PRAKTIS 2014
Minit Mesyuarat Agung PRAKTIS 2014 dicadangkan untuk disahkan oleh En. Mohd Farid Mohd Khalid dan disokong oleh En. Azman Mat Aris.

Membentang Laporan Aktiviti PRAKTIS 2014/2015
Di antara perkara penting yang disampaikan kepada semua ahli ialah kelulusan universiti bagi Skim Cuti Belajar Bukan Akademik (SCuBBA) dipanjangkan kepada staf sokongan. Selain daripada itu, kelulusan juga diberikan kepada Kemudahan Pembayaran Tambahan Penggunaan Pelan Data di mana caj akan dibayar bukan sahaja kepada panggilan yang dibuat sebaliknya diperluaskan kepada penggunaan internet.

Ahli juga dimaklumkan bahawa PRAKTIS juga terlibat dengan projek-projek amal yang melibatkan beberapa keluarga miskin di sekitar Durian Tunggal.

Membentang Penyata Kewangan PRAKTIS 2014/2015
Pembentangan Penyata Kewangan oleh Presiden disambut baik oleh semua ahli. Ahli dimaklumkan bahawa pihak universiti menyuntik RM10,000.00 kepada PRAKTIS  dan lain-lain persatuan di UTeM berdasarkan aktiviti yang dirancangkan. Penyata Kewangan ini dicadang untuk disahkan oleh Puan Noor Izwanni Amil dan disokong oleh Puan Suhaili Sallehuddin.

Pembentangan Usul
Presiden membentangkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan pada tahun 2015 seperti sumbangan hari kelahiran ahli,  perkahwinan dan kelahiran cahaya mata, lawatan ke Media Prima, Bengkel Perancangan Aktiviti PRAKTIS, program kerjasama dengan Kolej Komuniti, sukan bowling, executive talk, projek kemasyarakatan, hari keluarga, jamuan hari raya, lawatan ke sebua universiti awam, lawatan sosial ke Vietnam, car boot sale, program pemantapan ilmu dan seminar pentadbir.



Cadangan juga diterima daripada En. Wahi Nordin, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar agar PRAKTIS dapat membantu menyediakan pelapis pemain-pemain golf dengan mengadakan kerjasama dengan Kelab Golf UTeM. Menurut beliau, UTeM kini ketandusan pemain-pemain golf berbakat yang boleh ditonjolkan dalam mana-mana kejohanan golf tempatan.

Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 PRAKTIS ditangguhkan sekitar jam 5.00 petang. Semua ahli diejmput menikmati jamuan petang di Bilik Jamuan yang terletak bersebelahan Dewan Auditorium, Bangunan Canselori. PRAKTIS telah menjemput ahli-ahlinya untuk bersama-sama memeriahkan program ini dengan membuka gerai jualan masing-masing.


Pengacara majlis bagi Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 PRAKTIS ialah Puan Norhidayah Mohd Zainudin.

No comments:

Post a Comment