TARIKH: 19 NOVEMBER 2014
MASA: 10.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT: RHR HOTEL, UNITEN
KEHADIRAN: 45 ORANG
WAKIL PRAKTIS:
1. Puan Sabarina Abdullah, Presiden PRAKTIS
2. En. Azman Hj. Ayup, Timbalan Presiden PRAKTIS
3. En. Mohd Adznan Mohd Nayan, Penolong Setiausaha PRAKTIS
TETAMU KEHORMAT:
Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan Ismail, Pengarah Strategik, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Memandangkan ini merupakan perjumpaan sulung di antara MASTI dan GAKUM dengan wakil kementerian, agenda perbincangan tidak diatur dengan sempurna. Secara keseluruhan hasil perbincangan tidak menepati apa yang diharapkan kerana jawapan yang diberikan oleh tetamu kehormat hanya bersandarkan analogi sahaja. Di antara perkara yang disentuh ialah:
Perkara 1 : Kerja Secara Berpasukan
Dunia berubah. Kerja secara berpasukan adalah penting dan tidak boleh kerja secara silo. Kerjasama diutamakan. Masalah tidak boleh diselesaikan dalam satu malam. Perlu ada engagement dengan pucuk pimpinan. Banyak masalah berpunca daripada isu komunikasi dan ianya perlu diharmonikan semula. Untuk bertindak, perlu ada maklumat yang lengkap. Gunakan media sosial untuk merapatkan hubungan silaturrahim.
Perkara 2 : Suasana Bekerja Berubah
Dunia berubah. Kehidupan semakin lama semakin sukar. Dalam melaksanakan dasar dan polisi, masa sangat penting. Memahamkan satu hal, nak memberikan penerangan satu hal lain.
Perkara 3 : Gerakan Anti Kerajaan
Terdapat banyak maklumat di internet bagaimana untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang halus. Hari ini jatuhnya kerajaan bukan secara ketenteraan tetapi disebabkan oleh kumpulan ini. Mereka yang anti kerajaan akan disalurkan bantuan kewangan dan baju yang seragam. Perkara ini terjadi di negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah seperti Libya dan lain-lain di mana berlaku campur tangan Amerika Syarikat secara halus.
Perkara 4 : Kesan Penyatuan Dua Kementerian
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dikatakan hilang arah selepas disatukan dengan Kementerian Pendidikan dan dijadikan sektor pengajian tinggi. Kesukaran timbul disebabkan oleh hilang arah tuju dan kesukaran untuk berjumpa dengan dengan menteri. Menurut Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan, ia berpunca daripada punca kuasa dan menjadikan ianya tidak mantap. Keadaan ini menjadikan sekolah/guru dipandang tinggi berbanding pensyarah/universiti. Di antara perkara yang diutarakan ialah masih ada kerja secara silo di kelompok pentadbir. Pucuk pimpinan perlu dibekalkan dengan maklumat oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan, Pengarah Strategik JPM. Keberkesanan sangat penting dan beliau percaya pada roundtable.
Perkara 5 : Kesan Pemikiran Strategik
Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan memberikan contoh bagaimana Singapura menguruskan air dengan menyediakan water catchment area. Ia hasil pemikiran strategik pemimpin utama mereka, Lee Kuan Yew untuk menjadi champion dalam sesuatu perkara. Beliau memberi analogi bahawa sesuatu jeritan mesti ada penyebab.
Perkara 6 : Penjanaan Dana Universiti
Perkara yang dibangkitkan berkaitan tentang penjanaan dana universiti. Katanya untuk menjana pendapatan, apabila bercakap perlu dilaksanakan. Kadang-kadang berlaku maklumat dari atas ke bawah tidak sampai. Mencadangkan senator dari kalangan pekerja untuk didengari suara mereka. Perlu ada audit sama ada perkara atau masalah sampai atau tidak dan berapa peratus yang sampai. Perlu ada suruhanjaya bebas yang boleh membuat audit.
Perkara 7 : Penyampaian Maklumat
Isu Biro Tata Negara (BTN). Matlamat diadakan untuk semak diri sendiri. Ego perlu dipecahkan. Banyak isu komunikasi. Isu projek dan hutang negara. Ramai yang tersalah anggap mengatakan hutang negara dari pinjaman luar sedangkan ianya dari dana dalam negara seperti bank, KWSP, dll.
Perkara 8 : GST
Harga meningkat bukan sahaja satu faktor sebaliknya ada faktor lain seperti demand-supply, cuaca dan orang tengah. GST adalah untuk memerangi shadow economy activity iaitu orang yang melarikan cukai perniagaan. Jumlah yang sangat besar melibatkan puluhan billion ringgit.
Perkara 9 : Harga Minyak Dan Subsidi
Subsidi menguntungkan rakyat yang kaya. Kini kerajaan menjalankan subsidi bersasar seperti BRIM agar golongan berpendapatan rendah akan terbela.
Perkara 10 : Isu Pelajar Asing
Kini ada 3% dan akan datang mungkin sehingga 5%. Staf perlu multi tasking. Insentif kepada mereka yang terlibat dengan pengajaran. Cabaran dan ancaman semakin besar. Kerajaan mengadakan hub pendidikan yang cemerlang. Perbezaan mata wang menyebbakan kerajaan menghantar pelajar cemerlang di dalam negara sendiri. Menjadikan contoh yang baik kepada dunia.
Perkara 11 : Penjawat Awam Berstatus Kontrak
Mulai Disember 2014, staf kontrak akan ditamatkan dan ke mana arah haluan mereka. Perjawatan dari 10 diminta yang dapat hanya 2 sahaja. Dicadangkan supaya dilihat mengikut kes seperti tanggungan, pemberat masalah dan buat profil agar lebih berkesan. Yang lain mengikut keperluan semasa. Rezeki seseorang tidak sama dan ada di luar pemikiran. Ia perlu ditangani dengan hikmah.
En. Azman Hj. Ayup, Timbalan Presiden PRAKTIS dan Setiausaha PRAKTIS, En. Mohd Adznan Mohd Nayan. |
Presiden PRAKTIS, Puan Sabarina Abdullah (bertudung kuning) turut hadir dalam sesi bual bicara ini. |
Sebahagian peserta dari pelbagai IPTA hadir menjayakan sesi bual bicara. |
Presiden MASTI dan GAKUM bersama tetamu kehormat, Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan Ismail, Pengarah Strategik, Jabatan Perdana Menteri (JPM) |
Sesi
foto beramai di akhir bual bicara bersama
tetamu kehormat, Y.Bhg. Dato' Hj. Shahlan Ismail
|
No comments:
Post a Comment