Tuesday, November 25, 2014

Majlis Pelancaran Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM)

MAJLIS PELANCARAN YAYASAN PEKERJA MALAYSIA (YAPEM).
TARIKH: 25 NOVEMBER 2014
MASA: 9.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT:  DEWAN BANQUET, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG
KEHADIRAN: 600 ORANG

WAKIL PRAKTIS:
En. Azman Hj. Ayup, Timbalan Presiden PRAKTIS

TETAMU KEHORMAT:
Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia mewakili Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) mempunyai visi menerajui pemerkasaan sosio ekonomi dan kebajikan untuk kesejahteraan pekerja Malaysia. Misi organisasi ini ialah menyokong dan saling melengkapi Pelan Transformasi Modal Insan Kerajaan yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

YAPEM adalah sebuah organisasi  bukan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2007 dan komited untuk menerajui pembangunan sosio ekonomi dan transformasi  pekerja sama ada sektor awam atau sektor swasta melalui program dan aktiviti kajiselidik, persidangan, penerbitan dan inovasi pekerja untuk manfaat pekerja.

Beberapa biro diwujudkan seperti Biro Kajiselidik/Penyelidikan, Biro Binaupaya, Biro Riadah dan Gaya Hidup, Biro Kebajikan dan Biro  Perumahan. Terdapat juga aktiviti lain yang dirancang seperti persidangan, seminar/bengkel dan perbincangan meja bulat.

Majlis Pelancaran YAPEM terbahagi kepada tiga slot iaitu forum, majlis pelancaran dan juga majlis menandatangani MoU.

Forum Pembentangan Bajet 2015 – Manfaat dan Kesan Kepada  Pekerja merupakan satu forum yang membincangkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan golongan pekerja. Panel terdiri daripada Dr. Noor Zari Hamat dari KPDNKK, Datuk Azih Muda dari CUEPACS, Dato’ Paul Selva Raj dari FOMCA dan En. Faisal Mohd Salleh dari YAPEM. Antara isu yang dibangkitkan ialah isu-isu rakyat seperti kesan GST, bajet dan kenaikan harga barang, isu perumahan dan lain-lain lagi.

Majlis Pelancaran YAPEM disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia menggantikan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Datuk Omar Osman, Presiden merangkap Pengerusi Eksekutif YAPEM. Beliau menyeru 13 juta pekerja  yang  terdiri daripada sektor awam, sektor swasta dan pesara  menyokong YAPEM dan menjadi tulang belakang kepada kerajaan dalam hal-hal kebajikan selain CUEPACS, MTUC dan lain-lain.

Teks  ucapan Ketua Setiausaha Negara dibacakan oleh Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia. Di antara kandungan ucapan ialah menyentuh soal bajet 2015 dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti kajian 250 skim perkhidmatan, bonus setengah bulan gaji, bantuan kepada pesara, kemudahan cuti menjaga anak, had pinjaman perumahan yang dinaikkan kepada RM600,000, tambahan perumahan 1 Malaysia dan peningkatan kadar isi rumah kepada RM10,000.

Beliau juga menyentuh capital economy dan people economy serta menyatakan bahawa jika ada muafakat di antara kerajaan dan wakil pekerja, transformasi kerajaan boleh berjaya.

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara YAPEM yang diwakili oleh Datuk Omar Osman  dan CUEPACS oleh Datuk Azih Muda disaksikan oleh Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia.

Bunting majlis perasmian

Forum sedang berlangsung

Wakil KEKUTeM, Mohamed Rashid Derus dan wakil PRAKTIS, Azman Hj. Ayup

Ramai peserta terdiri daripada sektor awam dan swasta.

Y.Bhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia membaca teks  ucapan Ketua Setiausaha Negara pada Majlis Pelancaran YAPEM.

No comments:

Post a Comment