Friday, September 18, 2015

Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 4/2015

PRAKTIS telah menghantar seramai 6 orang AJK menghadiri Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 4/2015 yang diadakan di Bilik Dahlia, Pejabat Pendaftar, UTM Skudai pada 18 September 2015.

AJK yang terlibat ialah Puan Sabarina Abdullah (Presiden), Encik Azman Hj. Ayup (Timbalan Presiden), Encik Mohd Shahrul Nizam Shukor (Naib Presiden 1), Encik Muhamad Hazrul Md. Esa (Naib Presiden 2), Encik Mohd Adznan Mohd Nayan (Setiausaha) dan Encik Mohd Razif Dzulkifli (Biro Seranta).

PERTISAS, UTM diwakili oleh Encik Azri Hohad, Encik Mohd Fazilah Abdullah dan Encik Mohd Farid Rahmat. Pengerusi mesyuarat, Encik Norza Iskandar Helmi Abdullah mewakili PENTAS, UTHM. Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 3/2015 sebelum ini diadakan di UTeM pada 7 Ogos 2015.

Mesyuarat bermula pada jam 11.00 pagi. Di antara perkara yang dibincangkan ialah memorandum tindakan iaitu mesyuarat MASTI bersama Pengerusi Majlis Undang-undang IPTA, bengkel MASTI untuk penyediaan kertas kerja untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pendaftar-pendaftar IPTA, maklumbalas status Skim Saraan Universiti, Kaji selidik Pendaftar IPTA bagi Skim Saraan Universiti, dan cadangan mewujudkan bank data dari semua IPTA untuk rujukan pihak MASTI.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni dan berakhir kira-kira jam 12.15 tengah hari.





 








 

 

No comments:

Post a Comment