Tuesday, September 1, 2015

Lawatan Ke Vietnam: Hari Pertama (27 Ogos 2015)

Kesemua 17 orang peserta yang terdiri daripada staf UTeM dan ahli keluarga berkumpul di KLIA pada jam 11.00 pagi. Sebahagian daripada peserta menaiki bas universiti yang diuruskan oleh PRAKTIS.

Agen pelancongan yang menguruskan lawatan ini meminta para peserta check-in pada jam 12.00 tengah hari. Sesi bergambar peserta rombongan secara beramai diadakan berhampiran kaunter tersebut. Penerbangan ke Ho Chi Minh City, Vietnam menggunakan pesawat Malaysia Airlines MH 758 dan berlepas dari KLIA jam 2.45 petang.

Pada jam 4.30 petang, pesawat yang membawa penumpang dari Malaysia ini mendarat dengan selamat di Tan San Nhat International Airport. Waktu di Ho Chi Minh City atau nama lamanya Saigon adalah lambat sejam daripada waktu di Malaysia. Setelah proses imigresen selesai, peserta dijemput oleh pemandu pelancong daripada Vietnam bernama Zakaria dan Lyna.

Peserta rombingan dibawa melawat sekitar bandar raya Ho Chi Minh. Antara yang dilawati ialah Post Office, City Hall dan China Town. Kemudian peserta makan malam di Red House, sebuah restoran makanan halal sebelum dihantar ke Hotel Blessing Sai Gon. Aktiviti sebelah malam ialah membeli-belah di Pasar Malam Ban Thanth yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat penginapan.























 




















No comments:

Post a Comment