Tuesday, September 1, 2015

Lawatan Ke Vietnam: Hari Kedua (28 Ogos 2015)

Setelah bersarapan pagi di sebuah restoran halal, peserta dibawa dengan bas ke Mytho, ibu negeri Wilayah Tien Giang, sebuah pulau dan pelabuhan di Delta Sungai Mekong kira-kira dua jam perjalanan daripada Ho Chi Minh City. Menaiki feri menyusuri Sungai Tien, pemandangan tertumpu kepada 4 buah pulau yang indah iaitu Long, Lan Qui dan Phuong. Berhenti di Pulau Thoi San, di mana peserta dibawa melawat tempat pembuatan gula-gula kelapa, juga melawat dusun dan merasai keenakan buah-buahan lima musim sambil mendengar Don Ca Tai Tu Nam Bo', salah satu muzik tradisi Vietnam.

Peserta berhenti di kediaman Nam Ngo untuk menikmati teh madu dan mendayung sampan melalui lorong-lorong sempit di celah pepohon nipah. Makan tengah hari peserta lawatan ialah di Restoran Halal Mekong. Kembali semula ke Saigon, peserta dibawa ke Tina Factory Outlet untuk membeli pakaian seperti telekung, jubah dan baju kurung. Tidak ketinggalan ialah Saigon Square dan Taka Plaza. Makan malam ialah di Restoran Pandan Halal. Aktiviti sebelah malam ialah membeli-belah di Pasar Malam Ban Thanh.

No comments:

Post a Comment