Program ‘Back To School’ PRAKTIS ini adalah rentetan dari kejayaan program ‘Satu Staf Satu Sumbangan’ yang dilaksanakan pada tahun 2013. PRAKTIS UTeM terus melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan menganjurkan program Back To School. Projek amal kemasyarakatan ini bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Program ini bermula pada 16 Disember 2014 dengan lawatan Jawatankuasa PRAKTIS ke rumah-rumah yang berkaitan bagi melihat suasana dan mengenal pasti keluarga yang terlibat. Seterusnya acara kemuncak adalah dengan membawa anak-anak ini untuk membeli-belah keperluan sekolah. Sebanyak empat (4) buah keluarga telah dikenalpasti dan melibatkan 25 anak yang masih bersekolah. Keluarga tersebut terdiri daripada:
1. Md. Nor Nordin, 50 tahun seorang tukang paip berpendapatan RM1,000 sebulan. Beliau perlu menyara seorang isteri, Nor Hamida Tabarani dan 5 orang anak berusia 3 tahun hingga 15 tahun. Keluarganya kini tinggal di rumah atas tanah kerajaan di Jalan Pantai Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.
2. Rostam Abu Hassan, 38 tahun bekerja sebagai buruh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM500.00 perlu menyara isterinya Norimah Dolmat dan 5 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 13 tahun. Keluarga ini menetap di Batu 7 1/2, Kg. Gangsa, Durian Tunggal.
3. Tazaruddin Abdul Aziz, 52 tahun merupakan seorang tukang cuci dengan pendapatan bulanan sebanyak RM900.00 perlu menyara isterinya Norlaili Embi, seorang suri rumah dan 9 orang anak mereka berusia di antara 9 tahun hingga 19 tahun. Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Seri Bayan, Durian Tunggal, Melaka.
4. Muhamad Khairudin Abdullah, 54 tahun bekerja sebagai jaga dengan pendapatan sebanyak RM900.00 sebulan manakala isterinya Khatijah Syed Mohamed tidak bekerja. Keluarga ini merupakan muallaf dan tinggal di Pangsapuri Padang Jambu, Bukit Baru, Melaka milik MAIM. Keluarga ini mempunyai seramai 8 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 17 tahun.
Pada 24 Disember 2014, Jawatakuasa PRAKTIS bersama sukarelawan telah menjayakan Program Amal Back To School di Mydin MITC. Pada peringkat awal Jawatankuasa telah mengenalpasti empat (4) buah keluarga yang akan turut serta. Namun begitu di saat akhir keluarga En Khairuddin ditimpa musibah di mana anak beliau (adik Muharram) telah koma akibat jangkitan kuman dalam darah. Oleh itu hanya tiga (3) buah keluarga seramai 20 orang anak-anak telah diraikan.
Seawal jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga ini diambil dari kediaman masing-masing dan dibawa ke kafetaria Pelajar 2 untuk minum pagi dan mendengar taklimat. Anak-anak tersebut telah menerima beg yang disumbangkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pusat Pengajian Siswazah.
Program diteruskan dengan perjalanan menaiki bas UTeM dari Kampus Induk ke Mydin MITC dengan ditemani oleh Jawatankuasa PRAKTIS dan sukerelawan. Mereka diberi peluang memilih kelengkapan sekolah seperti baju, seluar, kain, kasut, seluar sukan, stokin dan tudung. Anak-anak tersebut teruja dan gembira sepanjang program berlangsung.
Kemuncak program ini anak-anak dibawa menjamu Nasi Ayam Singapore di Krubong atas sumbangan salah seorang sukarelawan.

No comments:
Post a Comment