Berikut adalah e-mel bertarikh 11 Mac 2016 yang diterima daripada Hj. Razali Abd. Jalil, salah seorang ahli PRAKTIS yang menyatakan penghargaan terhadap Puan Sabarina Abdullah, Presiden PRAKTIS.
Assalammualikumwarahmatullahiwabaratuh & Salam Sejahtera kepada Saudara sekalian yang saya hormati lagi dimuliakan.
Tujuan saya menghantar e mail ini adalah bagi tujuan untuk menyatakan ucapan jutaan terima kasih yang tiada tolok bandingnya kepada saudara sekalian umumnya dan Presiden serta AJK khususnya atas keperihatinan terhadap kebajikan ahli-ahlinya. Semasa kesihatan saya yang agak meruncing dan dalam keadaan yang kurang upaya, Pn Sabarina selaku Presiden serta AJK telah beberapa kali datang melawat saya samada di hospital mahupun di rumah saya dulu. Saya merasa amat terharu dan teruja bila menerima kunjungan tersebut. Saya pernah kongsikan perasaan ini bersama rakan yang pernah berada di dalam situasi seperti saya.
Dengan berkat dan doa daripada saudara maka sekarang saya telah kembali menjalankan tugas walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna. Jadi sebelum berakhirnya sesi kepimpinan sekarang, saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Pn Sabarina Abdullah serta Saf kepimpinannya dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang sekali. Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan. KiPiDap!!!
Sekian, salam persaudaraan.
Hj. Razali Abd Jalil,
Unit Pengurusan Strategik & Kafeteria,
Unit Pengurusan Strategik & Kafeteria,
Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
06-3316232/0136499422
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
06-3316232/0136499422
No comments:
Post a Comment