Thursday, February 22, 2018

Pemilihan Pra-Undian Melalui E-Voting


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,

Berhubung dengan agenda Pemilihan Jawatankuasa PRAKTIS Sesi 2018-2020, tuan/puan dipohon untuk membuat pencalonan melalui sistem e-Voting dengan melayari


Pencalonan hendaklah dibuat sebelum atau pada 3 Mac 2018 (Isnin). Untuk makluman tuan/puan, nama yang dicalonkan melalui e-Voting layak dipilih semasa mesyuarat sebagai AJK PRAKTIS 2016-2020 walaupun individu tersebut tidak hadir.
 
Syarat-syaratnya adalah:

1. Undian hanya sekali sahaja.
2. Terbuka kepada semua ahli PRAKTIS.
3. Nama-nama yang tercalon boleh membuat bantahan dalam masa 2 hari melalui surat kepada Presiden PRAKTIS (Sekiranya TIADA bantahan diterima, calon-calon tersebut layak diundi TANPA kehadiran semasa AGM)
4. Senarai nama yang tercalon akan diumumkan pada 28 Februari 2018(Rabu).
 
Sokongan dan kehadiran tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Turut disertakan ialah borang usul untuk diisi sekiranya terdapat cadangan yang ingin diketengahkan.
 
Tunaikan tanggungjawab anda sebagai ahli PRAKTIS.

No comments:

Post a Comment