Wednesday, December 31, 2014

Mesyuarat Jawatankuasa PRAKTIS Bil. 5/2014

Presiden PRAKTIS, Puan Sabrinah Abdullah mempengerusikan mesyuarat terakhir 2014 Bil. 5/2014 pada 22 Disember 2014.

Naib Presiden 1, Encik Mohd Shahrul Nizam dan Ketua Biro Seranta, Mohd Razif Dzulkifli

Penolong Setiausaha, Cik Nur Syaqqirin Rasid tekun mengambil minit.

Perancangan Aktiviti PRAKTIS 2015






Wednesday, December 24, 2014

Takwim Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) UTeM 2015


Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) UTeM diadakan 4 kali setahun. PRAKTIS merupakan saluran atau suara para pentadbir kepada pihak pengurusan universiti. Sampaikan segala cadangan daripada ahli-ahli kepada AJK PRAKTIS untuk dibawa ke dalam mesyuarat tersebut. 

Tarikh MBJ 2015 ialah pada 10 Mac 2015, 17 Mei 2015, 11 Ogos 2015 dan 17 November 2015.

Selain PRAKTIS, UTeMASA dan KEKUTeM merupakan komponen MBJ yang membawa segala usul daripada ahli-ahli mereka. 

Hantarkan cadangan/masalah kepada: praktis.utem@gmail.com


Program 'Back To School' PRAKTIS

Program ‘Back To School’ PRAKTIS ini adalah rentetan dari kejayaan program ‘Satu Staf Satu Sumbangan’ yang dilaksanakan pada tahun 2013. PRAKTIS UTeM terus melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan menganjurkan program Back To School. Projek amal kemasyarakatan ini bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Program ini bermula pada 16 Disember 2014 dengan lawatan Jawatankuasa PRAKTIS ke rumah-rumah yang berkaitan bagi melihat suasana dan mengenal pasti keluarga yang terlibat. Seterusnya acara kemuncak adalah dengan membawa anak-anak ini untuk membeli-belah keperluan sekolah. Sebanyak empat (4) buah keluarga telah dikenalpasti dan melibatkan 25 anak yang masih bersekolah. Keluarga tersebut terdiri daripada:

1.    Md. Nor Nordin, 50 tahun seorang tukang paip berpendapatan RM1,000 sebulan. Beliau perlu menyara seorang isteri, Nor Hamida Tabarani  dan 5 orang anak berusia 3 tahun hingga 15 tahun. Keluarganya kini tinggal di rumah atas tanah kerajaan di Jalan Pantai Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

2.    Rostam Abu Hassan, 38 tahun bekerja sebagai buruh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM500.00 perlu menyara isterinya Norimah Dolmat dan 5 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 13 tahun. Keluarga ini menetap di Batu 7 1/2, Kg. Gangsa, Durian Tunggal.

3.    Tazaruddin Abdul Aziz, 52 tahun merupakan seorang tukang cuci dengan pendapatan bulanan sebanyak RM900.00 perlu menyara isterinya Norlaili Embi, seorang suri rumah dan 9 orang anak mereka berusia di antara  9 tahun hingga 19 tahun. Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Seri Bayan, Durian Tunggal, Melaka.

4.    Muhamad Khairudin Abdullah, 54 tahun bekerja sebagai  jaga dengan pendapatan sebanyak RM900.00 sebulan manakala isterinya Khatijah Syed Mohamed tidak bekerja. Keluarga ini merupakan muallaf dan tinggal di Pangsapuri Padang Jambu, Bukit Baru, Melaka milik MAIM. Keluarga ini mempunyai seramai 8 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 17 tahun.

Pada 24 Disember 2014, Jawatakuasa PRAKTIS bersama sukarelawan telah menjayakan Program Amal Back To School di Mydin MITC.  Pada peringkat awal Jawatankuasa telah mengenalpasti empat (4) buah keluarga yang akan turut serta. Namun begitu di saat akhir keluarga En Khairuddin ditimpa musibah di mana anak beliau (adik Muharram) telah koma akibat jangkitan kuman dalam darah. Oleh itu hanya tiga (3) buah keluarga seramai 20 orang anak-anak telah diraikan.

Seawal jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga ini diambil dari kediaman masing-masing dan dibawa ke kafetaria Pelajar 2 untuk minum pagi dan mendengar taklimat.  Anak-anak tersebut telah menerima beg yang disumbangkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pusat Pengajian Siswazah.

Program diteruskan dengan perjalanan menaiki bas UTeM dari Kampus Induk ke Mydin MITC dengan ditemani oleh Jawatankuasa PRAKTIS dan sukerelawan. Mereka diberi peluang memilih kelengkapan sekolah seperti baju, seluar, kain, kasut, seluar sukan, stokin dan tudung. Anak-anak tersebut teruja dan gembira sepanjang program berlangsung.

Kemuncak program ini anak-anak dibawa menjamu Nasi Ayam Singapore di Krubong atas sumbangan salah seorang sukarelawan.














Thursday, December 18, 2014

Blog Projek Amal PRAKTIS

Blog Projek Amal Praktis dilancarkan pada 17 Disember 2014. E-mel tentang program ini dimajukan kepada semua ahli PRAKTIS pada tarikh yang sama dan kemudian dimuatnaik ke laman facebook UTeM.

>> Blog Projek Amal Praktis <<

Wednesday, December 17, 2014

Lawatan ke Rumah Encik Md Nor Nordin

Lawatan AJK PRAKTIS, ke rumah Encik Md. Nor Nordin di Jalan Pantai Belimbing Dalam, Durian Tunggal pada 16 Disember 2014. Encik Md. Nor, 50 tahun seorang tukang paip berpendapatan RM1,000 sebulan. Beliau perlu menyara seorang isteri, Puan Nor Hamida Tabarani  dan 5 orang anak berusia di antara 3 tahun hingga 15 tahun dan kini tinggal di sebuah rumah atas tanah kerajaan. PRAKTIS membantu melalui Projek Amal PRAKTIS - Back To School.


Puan Nor Hamida Tabarani menceritakan keperitan hidup untuk menyara keperluan harian 5 orang anak di bawah jagaan mereka.

Rumah tempat pasangan ini berteduh kelihatan uzur.

 


Lawatan ke Rumah Encik Muhamad Khairudin Abdullah

Encik Muhamad Khairudin Abdullah, 54 tahun bekerja sebagai  jaga dengan pendapatan sebanyak RM900.00 sebulan manakala isterinya Puan Khatijah Syed Mohamed tidak bekerja. Keluarga ini merupakan keluarga muallaf dan tinggal di Pangsapuri Padang Jambu, Bukit Baru, Melaka milik MAIM. Keluarga ini mempunyai seramai 8 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 17 tahun. PRAKTIS membantu melalui Projek Amal PRAKTIS - Back To School.




















Lawatan ke Rumah Encik Rostam Abu Hassan

Encik Rostam Abu Hassan, 38 tahun bekerja sebagai buruh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM500.00. Beliau perlu menyara isterinya Puan Norimah Dolmat dan 5 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 13 tahun. Keluarga ini menetap di Batu 7 1/2, Kg. Gangsa, Durian Tunggal. PRAKTIS membantu melalui Projek Amal PRAKTIS - Back To School.





Keluarga ini memerlukan bantuan daripada orang ramai dalam menyediakan keperluan perasekolahan anak-anak mereka.


AJK PRAKTIS hadir bersama mantan MPP UTeM, Sdr. Muhammad Thoriq Mohamad Zaid.

Lawatan ke Rumah Encik Tazaruddin Abdul Aziz

Encik Tazaruddin Abdul Aziz, 52 tahun merupakan seorang tukang cuci dengan pendapatan bulanan sebanyak RM900.00. Beliau perlu menyara isterinya Puan Norlaili Embi, seorang suri rumah dan 9 orang anak mereka berusia di antara  9 tahun hingga 19 tahun. Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Seri Bayan, Durian Tunggal, Melaka. PRAKTIS membantu melalui Projek Amal PRAKTIS - Back To School.


Puan Norlaili berkongsi kisah dengan AJK PRAKTIS.

AJK PRAKTIS bergambar bersama ahli keluarga Tazaruddin semasa mengujunginya pada 16 Disember 2014.


Presiden PRAKTIS, Puan Sabarina Abdullah menyampaikan sumbangan keperluan asas makanan kepada keluarga tersebut.

Saturday, November 29, 2014

Maklumbalas Cadangan Aktiviti Tahun 2015 Daripada Ahli PRAKTIS



PRAKTIS dalam mendapatkan cadangan aktiviti tahun 2015 daripada ahli-ahlinya telah menggunakan kemudahan internet. Borang Maklumbalas Ahli PRAKTIS telah dimajukan kepada semua ahli pada 28 November 2014 dan mendapat cadangan yang menggalakkan daripada ahli-ahlinya.

Berikut adalah cadangan-cadangan tersebut:

Maklumbalas Ahli PRAKTIS  (28/11/2014-2/12/2014)

NOORAZILAH MOHAMED
Pejabat Pendaftar
28/11/2014 7:59:55
JK  Lain-lain
1) Perutusan Pengerusi Praktis Tahun Baru 2015
2) Perbanyakkan aktiviti CSR di Melaka ;sekurang-kurangnya 4 kali setahun
3) Kemudahan Cuti Belajar peringkat Universiti Pegawai Tadbir dan Ikhtisas : perbincangan dengan Bahagian Cuti Belajar , Pejabat Pendaftar
- selaras dengan Pelan Strategik UTeM: Tema 5 (Pengurusan Bakat) 
4) Program Kerjasama dengan Bhg HRD kursus-kursus analisa data seperti SPSS bagi memudahkan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas membuat analisis secara terperinci bagi tujuan pembentangan kertas kerja di peringkat Universiti.
5) Program Hi Tea Praktis
6) Pelancaran Official Laman Web Praktis baru; Interface yang lebih menarik dengan info yang terkini.

SUHAILI SALLEHUDDIN
FKM
28/11/2014 8:00:43
JK Kebajikan
Assalamuallaikum, Saya mencadangkan supaya diadakan aktiviti seperti berikut :
i. dalam menambah pengetahuan pentadbir di UTeM dgn menjemput penceramah dari IPT or organisasi or industri yang dapat sharing kepakaran mentadbir/memimpin yg ada pada mereka.
ii. menambah aktiviti society dgn komuniti luar. Maybe this event boleh join dgn BAKUTEM...
iii. Mengadakan seminar kebangsaan

SAMSUL SAMDIN
Pusat Komputer
28/11/2014 8:15:30
JK Sukan & Rekreasi
Perlukan hari keluarga dikalangan ahli, hampir sepuluh tahun tiada pernah hari keluarga dibuat kecuali yg hari keluarga yg terakhir semasa di kampus industri. Buat kecil-kecilan di Tasik UTeM pun boleh juga. Cum pandangan sahaja.

MOHD HANAPIAH  MD LIP
FKEKK
28/11/2014 8:22:42
JK Lain-lain
Ahli dan jawatankuasa mengadakan kunjung hormat / lawatan ke Seri Negeri Melaka
Boleh mendengar taklimat berkaitan Pembangunan/Perkembangan semasa Negeri Melaka.

ERNAWATIE MD SAH
FKEKK
28/11/2014  8:42:08
JK Kerohanian
Projek Telekong- membasuh telekong yang terdapat di masjid utem. (boleh pada staf prp dan staf lelaki (jika berminat). 
Kuantiti 2-4 helai /seorang
diambil pd hari jumaat (petang) dan dipulangkan pd ari isnin (pagi)
setiap minggu

ZAIDI SAAD
Pejabat Perpustakaan
28/11/2014 9:01:44
JK Kerohanian
Mohon untuk dapat adakan aktiviti kerohanian seperti kem dan bengkel jatidiri yang bercirikan islamik dengan kos yang berpatutan.

WAN NAZRUL SHUKRI
Pejabat Pendaftar
28/11/2014 9:12:31
JK Sukan & Rekreasi
Menganjurkan kejohanan sukan antara Persatuan dan Kesatuan (Piala Pengerusi MBJ UTeM) (contoh: Bola Sepak/ Futsal / Bola Jaring dsb).

NURHAFIDZ ABDUL SAHAK
Penerbit Universiti
28/11/2014  14:36:03
JK Sukan & Rekreasi
white water rafting

NOORNAHAR HJ. AKASHAH
Pejabat Pendaftar
28/11/2014 15:30:00
JK Pendidikan
Mengadakan seminar/kursus untuk meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu dalam pengurusan/pentadbiran di IPT
- perundangan dalam urusan pentadbiran di IPT
- peranan pentadbir dalam menangani isu semasa di IPT
- meneruskan program Executive Talk dari Pengurusan Universiti

RAZIF
Pejabat Perpustakaan
01/12/2014 16:09:34
JK Seranta
Saya nk lawatan ke luar Negara di taja oleh praktis sepenuhnya

AZLINA AMZAH
Pejabat Pendaftar
01/12/2014 16:10:46
JK Pendidikan
Saya cadangkan diadakan satu seminar mengenai tadbir urus universiti dan semua ahli PRAKTIS kena menghadirinya. Pegawai lama dan baharu digabungkan, di 'blend' kan dan hasilnya pasti memberansangkan. Tajuk-tajuk yang dipilih perlu relevan dengan tugasan kita. Jemput speaker yang hebat-hebat.

AZHAR MOHD SALLEH
Pejabat Pendaftar
01/12/2014 16:32:31
JK Pendidikan
cadangan untuk mengadakan ceramah bertajuk 
"applying common sense for phenomenal success"
......penceramah ialah encik wan ezrin sazli wan zahari, 
pengarah pengurusan strategi, bakat dan prestasi, air asia
saya dah pergi ceramah beliau dan banyak input yg kita boleh kongsi utk kita sesuaikan di tempat kerja...memang terbaik

MOHAMAD RASHID JANTAN
Pejabat Perpustakaan
01/12/2014 16:51:38
JK Pendidikan
Mencadangkan agar penambahan slot bagi peruntukan sambung belajar bagi jawatan bukan akademik

AZMIN FADLI BIN MAHYUDDIN
FPTT
12/2/2014 15:12:55
Sukan & Rekreasi

Aktiviti berkaitan memanah secara sunnah samada bengkel mahupun pertandingan