Wednesday, December 31, 2014

Mesyuarat Jawatankuasa PRAKTIS Bil. 5/2014

Presiden PRAKTIS, Puan Sabrinah Abdullah mempengerusikan mesyuarat terakhir 2014 Bil. 5/2014 pada 22 Disember 2014.

Naib Presiden 1, Encik Mohd Shahrul Nizam dan Ketua Biro Seranta, Mohd Razif Dzulkifli

Penolong Setiausaha, Cik Nur Syaqqirin Rasid tekun mengambil minit.

Perancangan Aktiviti PRAKTIS 2015






Wednesday, December 24, 2014

Takwim Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) UTeM 2015


Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) UTeM diadakan 4 kali setahun. PRAKTIS merupakan saluran atau suara para pentadbir kepada pihak pengurusan universiti. Sampaikan segala cadangan daripada ahli-ahli kepada AJK PRAKTIS untuk dibawa ke dalam mesyuarat tersebut. 

Tarikh MBJ 2015 ialah pada 10 Mac 2015, 17 Mei 2015, 11 Ogos 2015 dan 17 November 2015.

Selain PRAKTIS, UTeMASA dan KEKUTeM merupakan komponen MBJ yang membawa segala usul daripada ahli-ahli mereka. 

Hantarkan cadangan/masalah kepada: praktis.utem@gmail.com


Program 'Back To School' PRAKTIS

Program ‘Back To School’ PRAKTIS ini adalah rentetan dari kejayaan program ‘Satu Staf Satu Sumbangan’ yang dilaksanakan pada tahun 2013. PRAKTIS UTeM terus melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan menganjurkan program Back To School. Projek amal kemasyarakatan ini bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Program ini bermula pada 16 Disember 2014 dengan lawatan Jawatankuasa PRAKTIS ke rumah-rumah yang berkaitan bagi melihat suasana dan mengenal pasti keluarga yang terlibat. Seterusnya acara kemuncak adalah dengan membawa anak-anak ini untuk membeli-belah keperluan sekolah. Sebanyak empat (4) buah keluarga telah dikenalpasti dan melibatkan 25 anak yang masih bersekolah. Keluarga tersebut terdiri daripada:

1.    Md. Nor Nordin, 50 tahun seorang tukang paip berpendapatan RM1,000 sebulan. Beliau perlu menyara seorang isteri, Nor Hamida Tabarani  dan 5 orang anak berusia 3 tahun hingga 15 tahun. Keluarganya kini tinggal di rumah atas tanah kerajaan di Jalan Pantai Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

2.    Rostam Abu Hassan, 38 tahun bekerja sebagai buruh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM500.00 perlu menyara isterinya Norimah Dolmat dan 5 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 13 tahun. Keluarga ini menetap di Batu 7 1/2, Kg. Gangsa, Durian Tunggal.

3.    Tazaruddin Abdul Aziz, 52 tahun merupakan seorang tukang cuci dengan pendapatan bulanan sebanyak RM900.00 perlu menyara isterinya Norlaili Embi, seorang suri rumah dan 9 orang anak mereka berusia di antara  9 tahun hingga 19 tahun. Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Seri Bayan, Durian Tunggal, Melaka.

4.    Muhamad Khairudin Abdullah, 54 tahun bekerja sebagai  jaga dengan pendapatan sebanyak RM900.00 sebulan manakala isterinya Khatijah Syed Mohamed tidak bekerja. Keluarga ini merupakan muallaf dan tinggal di Pangsapuri Padang Jambu, Bukit Baru, Melaka milik MAIM. Keluarga ini mempunyai seramai 8 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 17 tahun.

Pada 24 Disember 2014, Jawatakuasa PRAKTIS bersama sukarelawan telah menjayakan Program Amal Back To School di Mydin MITC.  Pada peringkat awal Jawatankuasa telah mengenalpasti empat (4) buah keluarga yang akan turut serta. Namun begitu di saat akhir keluarga En Khairuddin ditimpa musibah di mana anak beliau (adik Muharram) telah koma akibat jangkitan kuman dalam darah. Oleh itu hanya tiga (3) buah keluarga seramai 20 orang anak-anak telah diraikan.

Seawal jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga ini diambil dari kediaman masing-masing dan dibawa ke kafetaria Pelajar 2 untuk minum pagi dan mendengar taklimat.  Anak-anak tersebut telah menerima beg yang disumbangkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pusat Pengajian Siswazah.

Program diteruskan dengan perjalanan menaiki bas UTeM dari Kampus Induk ke Mydin MITC dengan ditemani oleh Jawatankuasa PRAKTIS dan sukerelawan. Mereka diberi peluang memilih kelengkapan sekolah seperti baju, seluar, kain, kasut, seluar sukan, stokin dan tudung. Anak-anak tersebut teruja dan gembira sepanjang program berlangsung.

Kemuncak program ini anak-anak dibawa menjamu Nasi Ayam Singapore di Krubong atas sumbangan salah seorang sukarelawan.














Thursday, December 18, 2014

Blog Projek Amal PRAKTIS

Blog Projek Amal Praktis dilancarkan pada 17 Disember 2014. E-mel tentang program ini dimajukan kepada semua ahli PRAKTIS pada tarikh yang sama dan kemudian dimuatnaik ke laman facebook UTeM.

>> Blog Projek Amal Praktis <<

Wednesday, December 17, 2014

Lawatan ke Rumah Encik Md Nor Nordin

Lawatan AJK PRAKTIS, ke rumah Encik Md. Nor Nordin di Jalan Pantai Belimbing Dalam, Durian Tunggal pada 16 Disember 2014. Encik Md. Nor, 50 tahun seorang tukang paip berpendapatan RM1,000 sebulan. Beliau perlu menyara seorang isteri, Puan Nor Hamida Tabarani  dan 5 orang anak berusia di antara 3 tahun hingga 15 tahun dan kini tinggal di sebuah rumah atas tanah kerajaan. PRAKTIS membantu melalui Projek Amal PRAKTIS - Back To School.


Puan Nor Hamida Tabarani menceritakan keperitan hidup untuk menyara keperluan harian 5 orang anak di bawah jagaan mereka.

Rumah tempat pasangan ini berteduh kelihatan uzur.

 


Lawatan ke Rumah Encik Muhamad Khairudin Abdullah

Encik Muhamad Khairudin Abdullah, 54 tahun bekerja sebagai  jaga dengan pendapatan sebanyak RM900.00 sebulan manakala isterinya Puan Khatijah Syed Mohamed tidak bekerja. Keluarga ini merupakan keluarga muallaf dan tinggal di Pangsapuri Padang Jambu, Bukit Baru, Melaka milik MAIM. Keluarga ini mempunyai seramai 8 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 17 tahun. PRAKTIS membantu melalui Projek Amal PRAKTIS - Back To School.




















Lawatan ke Rumah Encik Rostam Abu Hassan

Encik Rostam Abu Hassan, 38 tahun bekerja sebagai buruh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM500.00. Beliau perlu menyara isterinya Puan Norimah Dolmat dan 5 orang anak berumur di antara 5 tahun hingga 13 tahun. Keluarga ini menetap di Batu 7 1/2, Kg. Gangsa, Durian Tunggal. PRAKTIS membantu melalui Projek Amal PRAKTIS - Back To School.





Keluarga ini memerlukan bantuan daripada orang ramai dalam menyediakan keperluan perasekolahan anak-anak mereka.


AJK PRAKTIS hadir bersama mantan MPP UTeM, Sdr. Muhammad Thoriq Mohamad Zaid.

Lawatan ke Rumah Encik Tazaruddin Abdul Aziz

Encik Tazaruddin Abdul Aziz, 52 tahun merupakan seorang tukang cuci dengan pendapatan bulanan sebanyak RM900.00. Beliau perlu menyara isterinya Puan Norlaili Embi, seorang suri rumah dan 9 orang anak mereka berusia di antara  9 tahun hingga 19 tahun. Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Seri Bayan, Durian Tunggal, Melaka. PRAKTIS membantu melalui Projek Amal PRAKTIS - Back To School.


Puan Norlaili berkongsi kisah dengan AJK PRAKTIS.

AJK PRAKTIS bergambar bersama ahli keluarga Tazaruddin semasa mengujunginya pada 16 Disember 2014.


Presiden PRAKTIS, Puan Sabarina Abdullah menyampaikan sumbangan keperluan asas makanan kepada keluarga tersebut.