Friday, February 27, 2015

Bengkel Perancangan Aktiviti PRAKTIS 2015

Persatuan Pegawai Tadbir & lkhtisas (PRAKTIS) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Aktiviti PRAKTIS 2015 pada 27 Februari hingga 28 Februari 2015 di Klana Beach Resort, Port Dickson.

Di antara objektif bengkel ialah untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan tahun 2014. Ia juga bagi merancang hala tuju dan sasaran PRAKTIS berdasarkan kedudukan kewangan pada tahun 2015.

Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh PRAKTIS setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan berfokuskan kepada kebajikan staf, kemasyarakatan, kerohanian, pendidikan, keusahawanan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2015, PRAKTIS merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi pengisian pada tahun ini.

Oleh itu,  PRAKTIS telah mengadakan satu bengkel perancangan aktiviti yang melibatkan AJK PRAKTIS untuk membuat perancangan terperinci bagi aktiviti tahun 2015 yang bakal dianjurkan.  Bengkel ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti PRAKTIS tahun 2015 yang juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) pada 4 Disember 2014.

Bengkel bermula pada pukul 10.00 pagi, 27 Februari 2015 dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Sabarinah Abdullah, Presiden PRAKTIS dan disusuli dengan taklimat bengkel sepanjang 2 hari.

Pada sebelah petang dan malam diadakan Pembentangan Laporan Aktiviti Tahun dan Pembentangan Laporan Kewangan Tahun 2014 serta Analisis Perbelanjaan dan Kedudukan Kewangan PRAKTIS 2015.

Pada hari kedua, 28 Februari 2015, AJK PRAKTIS diminta berbincang di dalam kumpulan dan menyediakan senarai aktiviti.  Daripada senarai aktiiviti semua AJK PRAKTIS perlu menyiapkan kertas kerja aktiviti untuk dibentangkan. Kertas-kertas kerja telah siap telah dimurnikanpada sesi terakhir bengkel.















Thursday, February 12, 2015

Lawatan Kerja PRAKTIS Ke Media Prima

Seramai kira-kira 30 orang ahli Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UTeM (PRAKTIS) telah menyertai lawatan kerja ke Media Prima pada 12 Februari 2015.

Antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendekati dan melihat sistem pengurusan dan pentadbiran yang dipraktikkan oleh organisasi swasta yang besar seperti Media Prima Berhad serta berkongsi pendapat dan juga idea-idea berkaitan pentadbiran dan secara tidak langsung untuk mendapatkan serba sedikit pendedahan berkaitan bidang penyiaran.

Sewaktu menerima kunjungan daripada ahli PRAKTIS, wakil Media Prima telah memberikan penerangan ringkas tentang aktiviti Kumpulan Media Prima serta membawa ahli ke set penggambaran bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang set dan peralatan yang digunakan semasa ke udara.