Wednesday, December 9, 2015

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 4/2015

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 4/2015 iaitu mesyuarat terakhir MBJ untuk tahun 2015 telah diadakan pada jam 9.00 pagi, 9 Disember 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Bangunan Canselori, Kampus Induk, UTeM.



Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM. Dari pihak wakil yang hadir ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Prof. Madya Dr. lzaidin Abdul Majid, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBhg. Prof. Dr. Mohd Ridzuan Nordin, Penolong Naib Canselor (Jaringan lndustri & Masyarakat), YBhg. Prof. Datuk Dr. Zolkepli Buang, Penolong Naib Canselor ( Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) dan En. Azhar bin Mohamed, Penasihat Undang-Undang. YBhg. Datuk Hasan Sirun, Pendaftar dan En. Khairul Taib, Bendahari tidak hadir mesyuarat kali ini.

UTeMASA diwakili oleh Profesor Madya Mohd Ariff Mat Hanafiah (Presiden), Dr. Zikri Abadi Baharudin (Timbalan Presiden) dan Dr. Aliza Che Amran (Setiausaha).

PRAKTIS pula diwakili oleh Puan Sabarina Abdullah (Presiden), En. Azman Hj. Ayup
(Timbalan Presiden) dan Nur Syaqqirin Rasid, Penolong Setiausaha mewakili Setiausaha Kehormat PRAKTIS.

KEKuTeM diwakili oleh En. Jamal Abd. Nasir Hj. Abd. Wahab (Presiden),  En. Mohd Aeini Amin
(Timbalan Presiden) dan En. Muhammed Rashid Mat Derus (Memangku Setiausaha/Bendahari).

En. Wahi Nordin, Timbalan Pendaftar Kanan dan Puan Noorazilah Mohamed dan Penolong Pendaftar Kanan bertindak sebagai urusetia.

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah dari segi dasar-dasar universiti seperti bajet, perjawatan, penjimatan universiti, akta-akta berkaitan dan kebajikan pekerja seperti latihan, kursus, elaun dan sebagainya.

Mesyuarat berakhir jam 1.30 tengah hari.



No comments:

Post a Comment