Monday, December 7, 2015

Taklimat Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015

Taklimat Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015 kepada semua Pegawai Penilai Prestasi di UTeM telah diadakan di Auditorium Canselori, UTeM pada 2 Disember 2015.

Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Kualiti Pengurusan, Pejabat Pendaftar UTeM ini disampaikan oleh Encik Syamsul Nizam Mohd Razali, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Taklimat ini dihadiri seramai lebih kurang 200 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua yang terlibat dalam menilai prestasi staf di bawah seliaan masing-masing.

Turut hadir ialah Encik Mohd Azmi Mat Said, Timbalan Pendaftar di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Semoga dengan adanya taklimat ini ianya akan menjadi panduan kepada pegawai penilai prestasi dalam memberi pemarkahan yang adil dan telus.





Slaid Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015

No comments:

Post a Comment