Tuesday, March 15, 2016
Mesyuarat PRAKTIS Terakhir Sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9
Mesyuarat terakhir PRAKTIS yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari pada 14 Mac 2016 dipengerusikan sendiri oleh Puan Sabarina Abdullah, Presiden PRAKTIS. Di antara agenda di dalam mesyuarat ini ialah perbincangan aturcara Mesyuarat Agung Tahunan PRAKTIS Ke-9, pembahagian tugasan dan lain-lain perkara yang berkait rapat dengan kaedah pemilihan jawatankuasa baru PRAKTIS.
Monday, March 14, 2016
Saturday, March 12, 2016
Penghargaan Ahli Kepada Presiden PRAKTIS
Berikut adalah e-mel bertarikh 11 Mac 2016 yang diterima daripada Hj. Razali Abd. Jalil, salah seorang ahli PRAKTIS yang menyatakan penghargaan terhadap Puan Sabarina Abdullah, Presiden PRAKTIS.
Assalammualikumwarahmatullahiwabaratuh & Salam Sejahtera kepada Saudara sekalian yang saya hormati lagi dimuliakan.
Tujuan saya menghantar e mail ini adalah bagi tujuan untuk menyatakan ucapan jutaan terima kasih yang tiada tolok bandingnya kepada saudara sekalian umumnya dan Presiden serta AJK khususnya atas keperihatinan terhadap kebajikan ahli-ahlinya. Semasa kesihatan saya yang agak meruncing dan dalam keadaan yang kurang upaya, Pn Sabarina selaku Presiden serta AJK telah beberapa kali datang melawat saya samada di hospital mahupun di rumah saya dulu. Saya merasa amat terharu dan teruja bila menerima kunjungan tersebut. Saya pernah kongsikan perasaan ini bersama rakan yang pernah berada di dalam situasi seperti saya.
Dengan berkat dan doa daripada saudara maka sekarang saya telah kembali menjalankan tugas walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna. Jadi sebelum berakhirnya sesi kepimpinan sekarang, saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Pn Sabarina Abdullah serta Saf kepimpinannya dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang sekali. Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan. KiPiDap!!!
Sekian, salam persaudaraan.
Hj. Razali Abd Jalil,
Unit Pengurusan Strategik & Kafeteria,
Unit Pengurusan Strategik & Kafeteria,
Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
06-3316232/0136499422
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
06-3316232/0136499422
Thursday, March 10, 2016
Senarai Calon Jawatankuasa PRAKTIS 2016-2018
Kehangatan pemilihan Jawatankuasa baru PRAKTIS 2016-2018 sudah sampai ke kemuncaknya. Rabu, 9 Mac 2016 merupakan hari terakhir ahli-ahli PRAKTIS mencalonkan ahli yang berwibawa bagi menyandang kerusi Jawatankuasa PRAKTIS 2016-2018.
Proses pemilihan kali ini agak berbeza berbanding pemilihan dua tahun lalu. Semua ahli dibenarkan memilih nama-nama yang tertera di dalam laman e-voting dan nama-nama yang mendapat undian tertinggi akan bertanding dalam perebutan kerusi Jawatankuasa PRAKTIS 2016-2018.
Berikut adalah nama-nama yang layak bertanding pada pemilihan Mesyuarat Agung PRAKTIS Ke-9 yang akan diadakan pada 16 Mac 2016 di Dewan Auditorium, Bangunan Canselori, Kampus Induk.
SKIM N
Ahmaf Faizal bin Abdul Rahman - 50%
Norhidayah binti Mohd Zainudin - 44.9%
Sahhizam bin Maamin -38.5%
Laila Zaihidah binti A. Rahman - 38.5%
Noorazilah binti Mohamed - 37.2%
Mohd Erwan bin Md Yusop - 37.2%
Deeno Aizad Abadi bin Md. Noh - 28.2%
Ernawatie binti Md Sah - 26.9%
Azrina binti Alwi - 26.9%
SKIM F
Azilina binti Md Buang - 38.5%
Al-Qais bin Alias - 24.4%
SKIM W
Farah Farhanah binti Md Lani - 28.2%
Khairi Amri bin Mohamad - 21.8%
Noraliza binti Yusof - 21.8%
SKIM S
Siti Sarah binti Bujang - 35.9%
Mez Zelina binti Yusof - 35.9%
Mahadir bin Che Ali - 34.6%
SKIM J
Ir. Dr. Mohd Rayme bin Anang Masuri - 34.6%
SKIM-SKIM LAIN
Nur Maizatul Hafyfa binti Ahmad Tajudin - 34.6%
Aziza binti Md Buang - 32.1%
Mohd Farez bin Mohd Jeffery - 32.1%
Calon-calon yang terpilih adalah layak diundi tanpa hadir. Tempoh bantahan adalah dibuka selama dua hari. Bantahan secara bertulis perlu diserahkan kepada Puan Sabarina binti Abdullah selaku Presiden PRAKTIS selewat-lewatnya pada 11 Mac 2016, sebelum jam 5.00 petang.
Selamat mengundi!

Thursday, March 3, 2016
Soal Selidik Penubuhan Dana Kajian Di Kalangan Ahli Praktis
Satu soal selidik sedang dijalankan terhadap ahli PRAKTIS bagi mendapatkan pandangan mereka tentang penubuhan dana bagi kajian staf bukan akademik.
Antara tujuan penubuhan dana ini ialah bagi meningkatkan pengetahuan di kalangan ahli, sebagai pendedahan dalam melanjutkan pelajaran, memberi peluang untuk pembentangan kertas kerja dan meningkatkan profesion bukan akademik.
Sehubungan itu, semua ahli PRAKTIS dijemput untuk mengisi soal selidik di laman web berikut:
bit.ly/1RHgiYJ
:

Laman Undian Pra AGM Praktis 2016-2018
Undian Pra AGM
Kepada semua ahli Praktis, undian bagi pencalonan AJK Praktis 2016-2018 telah dibuka. Sila undi calon-calon pilihan anda di laman web berikut : bit.ly/1TJWrKA

Kajian Pendapat Ahli Mengenai Tempoh Minimum Kenaikan Pangkat Pentadbir
Satu soal selidik telah dibuat bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli PRAKTIS yang juga staf Pengurusan dan Professional tentang kriteria kenaikan pangkat pentadbir khususnya tempoh minimum kenaikan pangkat bagi setiap gred jawatan seperti mana dibentangkan oleh Encik Masdzarif bin Mahat, Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UTeM pada 29 Julai 2015.
Tempoh kajian pendapat : 1 bulan (8 September 2015 – 8 Oktober 2015)
Kaedah : Google Doc (Online)
Jumlah respons : 28 orang
DAPATAN KAJIAN:
Adakah anda bersetuju kaedah dan tempoh kenaikan pangkat pentadbir di UTeM yang menggunakan sistem 8-5-5-3?
Setuju – 15 (54%) Tidak Setuju – 11 (39%) Tiada Respons – 2 (7%)
Adakah anda bersetuju dengan syarat-syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan mengikut gred?
Setuju – 20 (71.%) Tidak Setuju – 7 (25%) Tiada Respons – 1 (4%)
Berikut adalah pandangan keseluruhan respondens:
1. Setuju kaedah 5-5-5-3, 5-5-3-3
2. Perlu kepada perincian dokumen kenaikan pangkat.
3. Secara keseluruhan adalah baik.Pihak bpsm telah membuat kajian dan perbandingan dengan univ.lain. Pihak bpsm perlu memperincikan dokumen kenaikan pangkat sepertimana yg dikehendaki oleh urus setia. Maklumat based on numbering hanya diberitahu semasa penyerahan dokumen. Byk dokumen ditolak semula. Pihak urus setia sediakan satu template yg standard.
4. Pada pandangan saya tempoh kenaikan 8/5/5/3 amatlah penting dan sepadan ; bersesuaian dengan semua skim kerana tempoh tersebut cukup matang untuk pentadbir menimba pengalaman, membina keyakinan, kemahiran dan kemantapan diri untuk menjadi seorang leader@pemimpin yang cemerlang. Tempoh ini juga cukup untuk pentadbir diberi peluang untuk menyelia, membina strategi, membentuk dan memberi tunjuk ajar kepada staf untuk sama-sama mencapai goal/ matlamat yang disasarkan dalam sesuatu jabatan. Untuk memupuk dan mengekalkan attitute, skills dan knowledge dalam diri seseorang bila berada di gred yang lebih tinggi bukan mudah unless seorang pentadbir itu memang betul-betul kompeten dan cemerlang dalam tugasnya. Bila tempoh masa berkhidmat dikurangkan untuk kenaikan ke pangkat yang lebih tinggi, di situ akan banyak wujudnya pentadbir sebagai boss dan bukannya sebagai leader. Pentadbiran yang bagus ialah kepimpinan yang cemerlang!
5. Saya menerima kriteria yang telah ditetapkan, namun saya memohon agar dilihat juga pada staf yang kurang bercakap seperti tiada kemahiran bercakap menjual diri semasa temuduga. Adakah boleh dipertimbangkan tiadanya temuduga diadakan kerana calon telah diberi markah, kecuali jika markah calon yang sama. Namun pihak pengurusan sewajarnya telah mengetahui calon yang terbaik untuk dipilih.
6. Perlukan masa yang lama menyediakan bahan untuk permohonan.
7. Perlu mengiukt time base seperti jururawat dan guru tetapi mesti memnuhi syarat yang ditetapkan.
8. Kenaikan pangkat bukan sekadar gaji dan tanggungjawab semata, tapi sertakan bersama dengan peningkatan taraf hidup yang sihat. Jadi bila kita mempunyai pegawai yang sihat, insyallah mutu kerja pun bertambah.
9. Kenaikan pangkat tidak perlu ada had tahun. kelayakan adalah bergantung kepada pengesahan perkhidmatan dan juga kecemerlangan perkhidmatan.
10. 8 tahun sebagai tempoh untuk naik pangkat ke 44 boleh dilaksanakan sekiranya ianya berdasarkan time-based sahaja tanpa ada kriteria tambahan yang lain (kriteria asas sahaja)
11. Tempoh kenaikan pangkat yang lama (8 tahun) akan menjadikan staf "demotivated".
12. Secara dasarnya bersetuju dengan time frame berkenaan kerana terdapat sesetengah pegawai kanan masih belum arif dengan keseluruhan proses kerja jabatan. Pengalaman masih belum sepenuhnya namun atas faktor pembesaran organisasi, pegawai yang mengetuai bahagian perlu berjawatan lebih tinggi dan diberi kenaikan pangkat. Tempoh berkhidmat dalam gred kanan masih baru dan dinaikkan lagi ke gred berikutnya. Akhirnya banyak proses kerja operasi tidak dapat difahami dengan segera dan pegawai bawahan terbeban dengan kerja semasa dalam masa sama menyelesaikan segala masalah yang timbul. Beberapa kriteria kenaikan pangkat juga agak menyekat kerana tidak semua staf gred 41 mempunyai peluang dan ruang untuk melaksanakan segala kehendak/keperluan berkenaan.
13. Saya setuju sistem 8-5-5-3 pada masa ini dilihat sebagai rujukan umum dan amalan terbaik di UTeM. Bagaimanapun, kaedah ini perlu dikaji semula kerana sifatnya yang kelihatan 'rigid', sekiranya faktor masa ini diberikan keutamaan dalam penilaian Peluang perjalanan karier yang lebih luas perlu disediakan kepada staf yang memiliki prestasi perkhidmatan yang tinggi dan konsisten. Faktor tempoh perkhidmatan untuk mencapai gred yang lebih tinggi dilihat sebagai halangan peningkatan kerjaya, biarpun ianya tidak kritikal. Ditambah dengan kekosongan jawatan yang terhad dan faktor 'seniority', peluang peningkatan kerjaya pentadbir di IPTA juga terhad. Saya juga setuju kaedah 'flexi' yang bersandarkan kepada gabungan antara 'time based' dan 'extra ordinary achievement' staf secara konsisten sepanjang perkhidmatan mungkin satu pilihan. Secara ringkas, saya tidak setuju dengan tempoh 8 tahun untuk Gred 44 ke Gred 48 kerana ianya terlalu panjang. Perbandingan tidak dapat dielakkan dengan sebilangan penjawat awam di jabatan kerajaan lain termasuk sesetengah IPTA yang mana pergerakan dari satu gred ke gred yang lain adalah lebih cepat. Prestasi staf yang begini perlu dikaji secara terperinci oleh PRAKTIS terutamanya dari aspek polisi jabatan tersebut, skop, tanggungjawab, pencapaian, integriti, konsistensi dan motivasi.
14. Saya setuju, kriteria kenaikan pangkat yang telah ditetapkan dilihat sebagai sempurna. Adalah menjadi tanggungjawab staf pentadbiran UTeM untuk memenuhi kriteria tersebut dengan prestasi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam masa yang sama staf perlu berusaha dalam menambah nilai diri dengan pencapaian yang luar biasa sama ada dalam aspek kelayakan profesional dan pencapaian akademik. Namun begitu, masih ada ruang untuk menambahbaik ciri-ciri kriteria tersebut. Kriteria kenaikan pangkat yang jelas bukan sahaja menjadi ruang kosong di dalam borang permohonan kenaikan pangkat untuk diisi, tetapi mampu menjadi panduan staf sepanjang perkhdmatan untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh jabatan.
15. Sistem 6 - 4 - 4 - 3 adalah pilihan yang lebih baik.
16. Saya berpandangan tempoh 8 tahun untuk layak memohon ke Gred 44 adalah terlalu lama. Tempoh yang terlalu panjang ini berkemungkinan dapat mengurangkan motivasi staf dan mungkin akan ada staf yang akan bersara dengan Gred asalnya. Perlu ada benchmarking dengan UA lain dan pendekatan gred PTD boleh dilihat sebagai rujukan. Benchmarking antara UA adalah perlu untuk melihat jurang peluang
staf di UA yang berbeza. Universiti semakin berkembang, kerjaya staf juga perlu berkembang. Tempoh 8 tahun tersebut adalah sesuai jika dilaksanakan secara 'time based', bukannya layak memohon. Saya mencadangkan tempoh 5 tahun untuk layak memohon ke Gred 44.
17. Permohonan kenaikan pangkat kumpulan P & P dicadangkan supaya mengikut pergerakan kenaikan pangkat Skim Guru iaitu secara time base. Ketetapan tahun kenaikan adalah sama dan syaratnya juga perlulah sama.
18. Tempoh matang untuk kenaikan N41 ke N44 sekurang-kurangnya 6 tahun. 8 tahun adalah terlalu lama. Purata markah Penilaian Prestasi 3 tahun sebanyak 80% adalah tidak relevan memandangkan situasi di UTeM ini pembahagian markah prestasi adalah mengikut mood dan kesukaan bukan hasil kerja.
19. Tempoh bagi kenaikan pangkat ini dapat memastikan bahawa staf telah menjalani pusingan kerja yang berkaitan dengan tadbir urus universiti.
20. Mohon dipermudahkan syarat dan dipendekkan tempoh minimum bagi setiap kenaikan pangkat mengikut gred. Diharapkan kenaikan pangkat bagi staf bukan akademik UTeM akan menjadi lebih mudah dan bersifat adil kepada semua pihak dan dalam masa yang sama tidak menyusahkan semua staf bukan academic serta sewajarnya tidak perlu menyukarkan laluan kerjaya skim kita ini.
21. Cadangan kenaikan pangkat pentadbir di UTeM yang menggunakan sistem 6-4-4-3
22. Jangkamasa 8-5-5-3 perlu di beri perhatian mengikut kesesuaian dan keperluan PTj terlibat. Syarat- -nilai tambah juga perlu melihat kepada keperluan PTj seperti kepakaran khusus bagi bidang PTj berkenaan. – Senioriti.

Labels:
Kajian,
Kenaikan,
pangkat,
pentadbir,
Tempoh Minimum
Wednesday, March 2, 2016
Kenaikan Pangkat Staf Pengurusan dan Profesional
PRAKTIS ingin merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua staf
pengurusan dan profesional yang telah dinaikkan pangkat di dalam
Eksesais Kenaikan Pangkat Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Bagi Tahun 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)