Friday, December 11, 2015

Takwim MBJ 2016

Mesyuarat MBJ pada tahun 2016 akan diadakan sebanyak empat (4) kali setahun. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tarikh, masa dan tempat bagi Mesyuarat MBJ yang telah ditetapkan bagi tahun 2016 seperti yang diedarkan oleh Unit Prestasi dan Inovasi, Bahagian Dasar dan Kualiti Pengurusan, Pejabat Pendaftar UTeM.



Hebahan Kenaikan Pangkat Gred 44, 48, 52 dan 54

Hari ini tersebar e-mel di kalangan warga UTeM akan hebahan mereka yang bertuah yang telah mendapat kenaikan pangkat sama ada gred 44, 48, 52 maupun 54.

PRAKTIS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua staf pengurusan dan profesional yang berjaya dalam Eksesais Kenaikan Pangkat Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bagi Tahun 2015.



Wednesday, December 9, 2015

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 4/2015

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 4/2015 iaitu mesyuarat terakhir MBJ untuk tahun 2015 telah diadakan pada jam 9.00 pagi, 9 Disember 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Bangunan Canselori, Kampus Induk, UTeM.



Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM. Dari pihak wakil yang hadir ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Prof. Madya Dr. lzaidin Abdul Majid, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBhg. Prof. Dr. Mohd Ridzuan Nordin, Penolong Naib Canselor (Jaringan lndustri & Masyarakat), YBhg. Prof. Datuk Dr. Zolkepli Buang, Penolong Naib Canselor ( Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) dan En. Azhar bin Mohamed, Penasihat Undang-Undang. YBhg. Datuk Hasan Sirun, Pendaftar dan En. Khairul Taib, Bendahari tidak hadir mesyuarat kali ini.

UTeMASA diwakili oleh Profesor Madya Mohd Ariff Mat Hanafiah (Presiden), Dr. Zikri Abadi Baharudin (Timbalan Presiden) dan Dr. Aliza Che Amran (Setiausaha).

PRAKTIS pula diwakili oleh Puan Sabarina Abdullah (Presiden), En. Azman Hj. Ayup
(Timbalan Presiden) dan Nur Syaqqirin Rasid, Penolong Setiausaha mewakili Setiausaha Kehormat PRAKTIS.

KEKuTeM diwakili oleh En. Jamal Abd. Nasir Hj. Abd. Wahab (Presiden),  En. Mohd Aeini Amin
(Timbalan Presiden) dan En. Muhammed Rashid Mat Derus (Memangku Setiausaha/Bendahari).

En. Wahi Nordin, Timbalan Pendaftar Kanan dan Puan Noorazilah Mohamed dan Penolong Pendaftar Kanan bertindak sebagai urusetia.

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah dari segi dasar-dasar universiti seperti bajet, perjawatan, penjimatan universiti, akta-akta berkaitan dan kebajikan pekerja seperti latihan, kursus, elaun dan sebagainya.

Mesyuarat berakhir jam 1.30 tengah hari.



Monday, December 7, 2015

Taklimat Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015

Taklimat Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015 kepada semua Pegawai Penilai Prestasi di UTeM telah diadakan di Auditorium Canselori, UTeM pada 2 Disember 2015.

Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Kualiti Pengurusan, Pejabat Pendaftar UTeM ini disampaikan oleh Encik Syamsul Nizam Mohd Razali, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Taklimat ini dihadiri seramai lebih kurang 200 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua yang terlibat dalam menilai prestasi staf di bawah seliaan masing-masing.

Turut hadir ialah Encik Mohd Azmi Mat Said, Timbalan Pendaftar di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Semoga dengan adanya taklimat ini ianya akan menjadi panduan kepada pegawai penilai prestasi dalam memberi pemarkahan yang adil dan telus.





Slaid Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015