Mesyuarat MBJ pada tahun 2016 akan diadakan sebanyak empat (4) kali setahun. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tarikh, masa dan tempat bagi Mesyuarat MBJ yang telah ditetapkan bagi tahun 2016 seperti yang diedarkan oleh Unit Prestasi dan Inovasi, Bahagian Dasar dan Kualiti Pengurusan, Pejabat Pendaftar UTeM.
Friday, December 11, 2015
Hebahan Kenaikan Pangkat Gred 44, 48, 52 dan 54
Hari ini tersebar e-mel di kalangan warga UTeM akan hebahan mereka yang bertuah yang telah mendapat kenaikan pangkat sama ada gred 44, 48, 52 maupun 54.
PRAKTIS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua staf pengurusan dan profesional yang berjaya dalam Eksesais Kenaikan Pangkat Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bagi Tahun 2015.
PRAKTIS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua staf pengurusan dan profesional yang berjaya dalam Eksesais Kenaikan Pangkat Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bagi Tahun 2015.
Labels:
Gred 44,
Gred 48,
Gred 52,
Gred 54,
kenaikan pangkat
Wednesday, December 9, 2015
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 4/2015
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 4/2015 iaitu mesyuarat terakhir MBJ untuk tahun 2015 telah diadakan pada jam 9.00 pagi, 9 Disember 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Bangunan Canselori, Kampus Induk, UTeM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM. Dari pihak wakil yang hadir ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Prof. Madya Dr. lzaidin Abdul Majid, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBhg. Prof. Dr. Mohd Ridzuan Nordin, Penolong Naib Canselor (Jaringan lndustri & Masyarakat), YBhg. Prof. Datuk Dr. Zolkepli Buang, Penolong Naib Canselor ( Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) dan En. Azhar bin Mohamed, Penasihat Undang-Undang. YBhg. Datuk Hasan Sirun, Pendaftar dan En. Khairul Taib, Bendahari tidak hadir mesyuarat kali ini.
UTeMASA diwakili oleh Profesor Madya Mohd Ariff Mat Hanafiah (Presiden), Dr. Zikri Abadi Baharudin (Timbalan Presiden) dan Dr. Aliza Che Amran (Setiausaha).
PRAKTIS pula diwakili oleh Puan Sabarina Abdullah (Presiden), En. Azman Hj. Ayup
(Timbalan Presiden) dan Nur Syaqqirin Rasid, Penolong Setiausaha mewakili Setiausaha Kehormat PRAKTIS.
KEKuTeM diwakili oleh En. Jamal Abd. Nasir Hj. Abd. Wahab (Presiden), En. Mohd Aeini Amin
(Timbalan Presiden) dan En. Muhammed Rashid Mat Derus (Memangku Setiausaha/Bendahari).
En. Wahi Nordin, Timbalan Pendaftar Kanan dan Puan Noorazilah Mohamed dan Penolong Pendaftar Kanan bertindak sebagai urusetia.
Di antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah dari segi dasar-dasar universiti seperti bajet, perjawatan, penjimatan universiti, akta-akta berkaitan dan kebajikan pekerja seperti latihan, kursus, elaun dan sebagainya.
Mesyuarat berakhir jam 1.30 tengah hari.

Monday, December 7, 2015
Taklimat Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015
Taklimat Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015 kepada semua Pegawai Penilai Prestasi di UTeM telah diadakan di Auditorium Canselori, UTeM pada 2 Disember 2015.
Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Kualiti Pengurusan, Pejabat Pendaftar UTeM ini disampaikan oleh Encik Syamsul Nizam Mohd Razali, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Taklimat ini dihadiri seramai lebih kurang 200 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua yang terlibat dalam menilai prestasi staf di bawah seliaan masing-masing.
Slaid Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015

Turut hadir ialah Encik Mohd Azmi Mat Said, Timbalan Pendaftar di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Semoga dengan adanya taklimat ini ianya akan menjadi panduan kepada pegawai penilai prestasi dalam memberi pemarkahan yang adil dan telus.
Slaid Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015
Tuesday, November 17, 2015
Kenaikan Pangkat Staf Pengurusan dan Profesional
PRAKTIS mengucapkan tahniah kepada semua yang telah mendapat kenaikan pangkat seperti yang diumumkan pada oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM pada Perhimpunan 1UTeM di Dewan Besar UTeM pada 17 November 2015. Terus menyumbang terus berbakti.
Sunday, November 8, 2015
Takziah PPUiTM
Dukacita dimaklumkan seorang Exco PPUiTM iaitu Puan Zuraiti bt. Abdul Razak telah meninggal dunia di rumahnya di Shah Alam pada malam 7 November 2015. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Terentang, Jasin, Melaka pada petang 8 November 2015.
Menurut sumber terdekat, Allahyarhamah berusia sekitar 40an, masih bujang dan dikatakan terjatuh di rumahnya pada waktu maghrib. Punca kematian sebenar tidak diketahui. Semasa hayatnya, arwah begitu aktif dalam persatuan dan baik dengan rakan-rakannya.
PRAKTIS mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarhamah Zuraiti juga kepada PPUiTM. Al-Fatihah!
Monday, October 26, 2015
Lawatan Riang Ria 2.0 : Gold Coast, Australia
PRAKTIS akan menganjurkan 'Lawatan Riang Ria 2.0' ke Gold Coast, Australia, & pembayaran adalah secara ansuran. Berikut adalah maklumat lawatan:-
Tarikh: Disember 2016 (5H4M) - *Tarikh akan ditentukan kemudian
Harga Pakej (refer itinerary):-
Ahli PRAKTIS: RM2450/pax
Bukan ahli: RM2550/pax
Kanak2: RM2300/pax
Ansuran: Min RM200/bulan x 12 bulan
Ansuran terakhir: SEPTEMBER 2016
Deposit: RM200
Penggantian perlu dilakukkan jika peserta menarik diri.
Pembayaran boleh dibuat kepada Mohd Razif Dzulkipli (Perpustakaan) mulai pada bulan Oktober 2015. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya 06-331 6827 (Perpustakaan).
TEMPAT ADALAH TERHAD!
Nota:
1. Ahli = Ahli PRAKTIS, Pasangan, Anak & Ibu Bapa
2. Bukan Ahli = Bukan Ahli PRAKTIS, Kawan, Nenek, Datuk, Makcik, Pakcik, dll
ITINERARY
Day 1: Kuala Lumpur-Gold Coast
Arrive at Gold Coast Airport, SIC transfer to hotel own check in. Then free at own leisure.
Day 2: Full Day Movie World Tour with lunch buffet
In the morning, SIC transfer to Movie World with 01 day entrance ticket. Lunch buffet included at
Legend Restaurant
Pick up in the evening and return back to hotel
Day 3: Full Day Paradise Country Aussie Farm Tour with BBQ Lunch
In the morning SIC transfers Paradise Country with 01 day entrance ticket and enjoy bbq lunch. In
the afternoon ready to discover the shopping outlets.Take advantage of the unlimited shopping
shuttle service providing transfers to the best shopping centres on the Gold Coast including Pacific
Fair, Harbour Town, Australia Fair and the central Surfers shopping strip.Pick up in the evening and
return back to hotel.
Day 4: Full Day Sea World
In the morning SIC transfers to Sea World with 01 day entrance ticket. Pick up in the evening and
return back to hotel.
Day 5: Gold Coast Departure
Free at own leisure until SIC transfer to airport for departure.
Included in the Quotation are
• 4 night accommodation at selected hotel/apartment
• Return airport transfer (SIC Basis)
• Entrance fee to Warner Bros Movie World, Paradise Country, and Sea World
• 2x halal lunch. Buffet style @ Movie World & Paradise Country
• Return transfer from apartment to theme park (SIC Basis)
• Return transfer from apartment to Shopping attraction (SIC Basis)
• Australia Visa Entrance Fee
• Travels insurance by Takaful Ikhlas
Not included in the Quotation are:
• Optional Tour
• International/Domestic Airline Ticket
• Expenditure of a personal nature, such as drinks, souvenirs, telephone calls etc
TERMS AND CONDITIONS
• 03 to 11yrs is child. 12yrs & up is adult fare.
• All confirmation is based on hotel situation and room availability.
• All transportation based on Seat in Coach (SIT) service. There are no guide service for F.I.T.
Paxs.Surcharge will imposed for this service.
• No Refund for any unused rooms, transfers, tickets, meals and tour.
• *** Complimentary tours will not be replaced if cancelled due to weather condition
• Rate is subject to change according to hotel situation and room spaces.
Friday, September 18, 2015
Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 4/2015
PRAKTIS telah menghantar seramai 6 orang AJK menghadiri Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 4/2015 yang diadakan di Bilik Dahlia, Pejabat Pendaftar, UTM Skudai pada 18 September 2015.
AJK yang terlibat ialah Puan Sabarina Abdullah (Presiden), Encik Azman Hj. Ayup (Timbalan Presiden), Encik Mohd Shahrul Nizam Shukor (Naib Presiden 1), Encik Muhamad Hazrul Md. Esa (Naib Presiden 2), Encik Mohd Adznan Mohd Nayan (Setiausaha) dan Encik Mohd Razif Dzulkifli (Biro Seranta).
PERTISAS, UTM diwakili oleh Encik Azri Hohad, Encik Mohd Fazilah Abdullah dan Encik Mohd Farid Rahmat. Pengerusi mesyuarat, Encik Norza Iskandar Helmi Abdullah mewakili PENTAS, UTHM. Mesyuarat Kluster Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan MASTI Bil. 3/2015 sebelum ini diadakan di UTeM pada 7 Ogos 2015.
Mesyuarat bermula pada jam 11.00 pagi. Di antara perkara yang dibincangkan ialah memorandum tindakan iaitu mesyuarat MASTI bersama Pengerusi Majlis Undang-undang IPTA, bengkel MASTI untuk penyediaan kertas kerja untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pendaftar-pendaftar IPTA, maklumbalas status Skim Saraan Universiti, Kaji selidik Pendaftar IPTA bagi Skim Saraan Universiti, dan cadangan mewujudkan bank data dari semua IPTA untuk rujukan pihak MASTI.
Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni dan berakhir kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Friday, September 4, 2015
Rakaman Video Lawatan Ke Vietnam
Video ringkas lawatan ke tempat-tempat menarik di Vietnam seperti Ho Chi Minh City, Pasar Malam Ban Thanh, Delta Mekong dan Cu Chi Tunnel.
Wednesday, September 2, 2015
Lawatan Ke Vietnam: Hari Keempat (30 Ogos 2015)
Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan
San Nhat, peserta singgah dan solat di Masjid Ar-Rahim, sebuah masjid yang
dibina oleh orang-orang Islam dari Malaysia dan Indonesia pada tahun 1885. Para
peserta mengakhiri lawatan ke Vietnam dengan penerbangan Malaysia Airlines MH
767 pada jam 7.35 malam..
Tuesday, September 1, 2015
Lawatan Ke Vietnam: Hari Ketiga (29 Ogos 2015)
Selepas bersarapan pagi, peserta dibawa melawat ke Cu Chi Tunnel. Cu Chi merupakan pangkalan penting semasa Perang Amerika kerana ia merupakan lokasi strategik. Vietcong membina rangkaian terowong sejauh 200 km yang menghubungkan pos kawalan, hospital, tempat perlindungan dan kilang senjata. Menggali terowong batu menggunakan peralatan tangan tanpa menggunakan simen, rangkaian terowong ini tidak pernah diketahui umum. Ia adalah sesuatu yang menarik apabila para peserta berpeluang untuk masuk ke dalam terowong bagi merasai suasana di dalamnya. Selepas makan tengah hari di Restoran Halal Saigon, peserta menunaikan solat di Masjid Muslim India Jamia. Aktiviti sebelah malam ialah membeli-belah di Pasar Malam Ban Thanh.
Subscribe to:
Posts (Atom)