Sunday, August 16, 2015

Hari Keluarga PRAKTIS 2015 - Part 1

Hari Keluarga PRAKTIS 2015 telah diadakan di Kolam Air Panas Jasin pada hari Sabtu, 15 Ogos 2015. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Pelbagai aktiviti diadakan mengikut kategori dewasa dan kanak-kanak. 

Bagi kanak-kanak, acara yang disediakan ialah seperti mengisi air ke dalam botol menggunakan span, baling bola ping-pong ke dalam baldi, memasukkan air ke dalam botol menggunakan straw, menghantar getah menggunakan straw, bawa bola ping pong menggunakan sudu dan rebut gula-gula.

Acara dewasa pula ialah baling belon air di antara pasangan terjauh, membawa sebiji bola ping pong tanpa menggunakan tangan, baling belon air ke belakang mengikut kumpulan dan berlari bersama pasangan menggunakan kain sarung. 

Acara paling menarik pada Hari Keluarga PRAKTIS 2015 ialah cabutan bertuah. Semua ahli yang hadir mendapat sekurang-kurangnya satu hadiah. Pemenang bertuah yang meraih hadiah pertama ialah Puan Nurul Syuhada' Haron daripada Perpustakaan yang memperolehi satu set ketuhar. 

Turut hadir ialah Encik Wahi Nordin, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar. Aktiviti Hari Keluarga PRAKTIS 2015 ini dianjurkan bagi merapatkan silaturrahim di kalangan ahli dan keluarga di samping merayakan sambutan Aidilfitri 1436H. 













































































































No comments:

Post a Comment