Thursday, August 20, 2015

Mesyuarat Jawatankuasa MASTI Kali Ke-11 Bil. 3 Tahun 2015

Mesyuarat Jawatankuasa MASTI Kali Ke-11, Bil. 3 Tahun 2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, PPK Mekatronik, Kampus Pauh Putera, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 20 Ogos 2015. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Azri Hohad, PERTISAS UTM ini bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh kesemua 20 universiti awam.

Di antara agendanya ialah perancangan program MASTI Sesi 2015-2017, Mini Seminar Ke-6, Laporan daripada Kluster, Laporan Kewangan dan Hal-hal Lain.

PRAKTIS (UTeM), PENTAS (UTHM) dan PERTISAS (UTM) dimasukkan ke dalam Kluster 4 iaitu Governans & Perundangan - Pengurusan Modal Insan.








No comments:

Post a Comment