Sunday, August 23, 2015

PRAKTIS Sertai VCORE

Seramai 7 orang Ahli Jawatankuasa PRAKTIS terlibat dengan Seminar Perkongsian Projek Kesukarelaan dan Program Tanggungjawab Sosial Universiti 2015 (VCORE) yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dari 21 hingga 22 Ogos 2015. 

Mereka ialah Azman Hj. Ayup (Timbalan Presiden), Mohd Shahrul Nizam Shukor (Naib Presiden 1), Muhamad Hazrul Md Esa (Naib Presiden 2), Mohd Adznan Mohd Nayan (Setiausaha) Mohd Razif Dzulkifli (JK Biro Seranta), Syahira Mohd Adnan (JK Biro Keusahawanan) dan Surianty Kasban, (JK Biro Kemasyarakatan).

Seminar Perkongsian Projek Kesukarelaan dan Program Tanggungjawab Sosial Universiti 2015 ini di antara objektifnya ialah bagi berkongsi pengalaman dan peranan dalam usaha merealisasikan tanggungjawab korporat untuk manfaat masyarakat serta mewujudkan jaringan pintar di antara sektor korporat, NGO  dan agensi berkaitan kerajaan.

Semoga dengan kehadiran Jawatankuasa PRAKTIS  dalam program ini sedikit sebanyak dapat menyuntik idea-idea baru dalam merancang aktiviti PRAKTIS pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment